top of page

Kapal Malaysia dibenar lepasi Selat Hormuz, bekalan tenaga terjamin

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Pembukaan laluan kepada kapal Malaysia di Selat Hormuz dilihat sebagai langkah awal yang signifikan dalam meredakan tekanan terhadap bekalan minyak negara, meskipun ia belum menjadi penyelesaian menyeluruh kepada kenaikan harga.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Nabil Halimi berpendapat, dalam suasana geopolitik yang tidak menentu, keutamaan kini bukan sekadar mengekang harga, tetapi memastikan jaminan bekalan agar negara tidak berdepan risiko gangguan rantaian dalam jangka masa sederhana.


"Langkah ini mencerminkan pendekatan proaktif Kerajaan MADANI dalam mengurus tekanan semasa, sekali gus memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara kekal stabil dan terjamin.


Nabil Halimi
Nabil Halimi

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keupayaan Malaysia sebagai kuasa tengah mengekalkan hubungan baik dengan pelbagai kuasa besar tanpa terikat kepada mana-mana blok secara mutlak," katanya ketika dihubungi Suara KEADILAN.


Beliau diminta mengulas meskipun kapal Malaysia dibenarkan berlayar di Selat Hormuz, kos penghantaran minyak ke negara ini kekal tinggi berikutan peningkatan ketara kadar insurans dan kos bahan api kapal.


Keadaan itu menyebabkan harga minyak tanpa subsidi, sama ada petrol mahupun diesel, terus berada pada paras tinggi.


Dalam isu sama, Nabil turut berpandangan Malaysia berjaya mengimbangi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dalam aspek perdagangan, namun pada masa yang sama menunjukkan solidariti terhadap Iran dalam isu kemanusiaan dan kedaulatan.


"Hal ini berpunca ketokohan Datuk Seri Anwar yang disegani dunia Islam dalam masa sama dihormati dunia barat.


"Kejayaan ini menunjukkan Malaysia konsisten memilih jalan dialog dan damai dalam landskap geopolitik global yang semakin multipolar," ujar beliau yang juga Ketua AMK Petaling Jaya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page