top of page

Berita


Bersiap sedia hadapi krisis tenaga, makanan global - MAPIM
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa rakyat Malaysia agar bersiap siaga menghadapi ketidaktentuan global yang kini memberi kesan langsung kepada krisis tenaga dan keterjaminan makanan. Beliau berkata, dunia kini memasuki fasa baharu apabila kejutan tenaga dan krisis makanan bukan lagi bersifat sementara sebagaimana pemahaman majoriti rakyat. "Dunia kini memasuki satu fasa di mana kejutan tenaga dan krisis makanan bukan

Redzuan Shamsudin
Apr 232 min read


Kerajaan pergiat usaha bawa baki kru kapal terkandas di Dubai - PM
Usaha membawa pulang baki kru Kapal Berkat Tuah yang terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan terus dipergiat, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya semalam berkata, usaha tersebut bakal dilaksana menerusi kerjasama antara Kementerian Luar (Wisma Putra), Kedutaan Malaysia di UAE dan agensi berkaitan. "Kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia, walau di mana jua mereka berada, kekal menjadi

Azuan Ab Rahman
Apr 161 min read


Tidak lalu Selat Hormuz: Kenyataan Exco mengelirukan, KEADILAN T'ganu sedia debat
Kapal tangki menghantar minyak ke Malaysia melalui Selat Hormuz yang ditutup oleh Iran sejak Feb lalu Kenyataan Exco negeri Terengganu bahawa minyak Malaysia tidak melalui laluan antarabangsa seperti Selat Hormuz mencerminkan kefahaman yang terlalu simplistik terhadap bagaimana rantaian bekalan minyak global berfungsi. Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu, Aiman Wan Alias berkata realitinya, pasaran minyak dunia saling berkait dan pergerakan harga serta bekalan tidak boleh di

Helmi Mohd Foad
Apr 152 min read


Henti polemikkan konflik Asia Barat, sokong langkah stabilkan ekonomi
Semua pihak diseru agar menghentikan polemik politik yang tidak membina dan tidak mengambil kesempatan dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu demi meraih kepentingan politik sempit. Penerangan KEADILAN Kepong, Muhammad Zahid Hassan berkata, konflik di Asia Barat pada waktu ini telah memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi dunia termasuk kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan serta tekanan terhadap inflasi yang akhirnya memberi kesan kepada kos sara

Akmal Manaf
Apr 141 min read


Krisis tenaga global: Bekalan makanan cukup, giatkan hasil makanan sendiri
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) , menyeru rakyat Malaysia agar tidak panik dalam menghadapi krisis tenaga global yang kini memberi kesan kepada seluruh dunia. Beliau menegaskan bahawa dalam situasi peperangan di rantau Teluk, pendekatan yang tenang dan bijaksana dalam negara amat penting, selain menekankan keperluan kerjasama erat antara kerajaan dan rakyat. "Kita tidak boleh panik, sebaliknya perlu bertindak dengan tenang dan bija

Redzuan Shamsudin
Apr 131 min read


Persiapan Malaysia hadapi krisis tenaga lebih baik berbanding jiran
Presiden Pas, Hj Hadi Awang sekali lagi menjadi sasaran kritikan susulan penulisannya di ruangan Minda Presiden mendakwa tiada sebab negara ini perlu menaikkan harga minyak kerana mempunyai telaga minyak sendiri, serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam, khususnya melibatkan negara jiran yang banyak sumber alam. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketika ini semua nega

Akmal Manaf
Apr 121 min read


'Malaysia kena jual minyak murah, negara Arab pun minyak mahal'
Tulisan terbaharu Minda Presiden Pas yang membayangkan harga minyak di negara ini boleh dijual lebih rendah sekiranya menggunakan sepenuhnya sumber petroleum tempatan dan bekerjasama dengan negara Islam pengeluar minyak lain bertentangan realiti semasa. Menurut Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, harga tanpa subsidi minyak bukan sahaja naik di Malaysia malah di negara-negara Arab juga, susulan konflik dan kerosakan

Akmal Manaf
Apr 112 min read


Kerajaan usaha bawa pulang anggota MALBATT di Lubnan secepat mungkin
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan semasa di Lubnan tidak lagi selamat untuk misi pengaman, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan lebih 500 anggota pengaman Malaysia yang berada di sana

Suara Keadilan
Apr 101 min read


Amal tabayyun, jangan sebar maklumat tidak sahih krisis tenaga global
Umat Islam dinasihatkan agar mengamalkan prinsip tabayyun dengan memastikan kesahihan setiap maklumat sebelum disebarkan, khususnya berkaitan isu krisis tenaga global. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata langkah itu penting bagi mengelakkan penyebaran berita palsu serta pembentukan naratif negatif ketika negara sedang berusaha mengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial. "Jadi, kita mesti tabayyun dulu. Semak sebelum sebar. Jangan jadi

Helmi Mohd Foad
Apr 92 min read


Mahfuz bidas Hj Hadi: Minyak naik impak perang, bukan konspirasi kerajaan
Mahfuz menerusi satu kenyataan pada Rabu menegaskan, harga minyak negara ditentukan pasaran global dan Malaysia tidak kebal daripada impak geopolitik kerana sebahagian besar bekalan petroleum negara masih melalui laluan Selat Hormuz

Azuan Ab Rahman
Apr 92 min read


Minyak stok lama patut murah: Harga minyak ditentukan pasaran global
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi , isu harga minyak tidak terikat dengan stok lama atau baharu kerana ditetapkan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), dan hal itu tidak perlu dijadikan isu politik kerana formula berkenaan digunakan oleh mana mana kerajaan yang memerintah

Akmal Manaf
Apr 82 min read


Situasi meruncing, tangguh perjalanan ke Asia Barat - Wisma Putra
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan turut menyeru agar rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air supaya mendapatkan tiket penerbangan komersial segera selagi masih tersedia, berikutan risiko penutupan ruang udara yang tidak menentu.

Azuan Ab Rahman
Apr 81 min read


Harga diesel Thailand cecah paras tertinggi lebih 50 baht, RM6.20 seliter
Laporan media Thailand semalam menyebut harga runcit diesel B7 di sekitar Bangkok kini mencecah 50.54 baht (RM6.24) seliter setakat 7 April susulan kenaikan sebanyak 2.80 baht yang berkuat kuasa pada 5 pagi, Ahad lalu

Suara Keadilan
Apr 73 min read


Krisis tenaga: Kerajaan giat penerangan, seru rakyat guna PriceCatcher
Datuk Fahmi memberi penjelasan secara santai mengenai krisis tenaga berikutan perang di Asia Barat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengadakan sesi penerangan bersama timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, di kawasan Parlimen itu malam tadi. Menurut beliau, sesi tersebut memberi fokus kepada isu krisis tenaga global, langkah yang diambil kerajaan untuk menanganinya, serta usaha berterusan dalam melindungi kebajikan rakyat. "Dalam menghadapi cabaran global,

Suara Keadilan
Apr 51 min read


Selangor Pelopor Pertama Dasar Bekerja Dari Rumah
ULASAN: Kerajaan Madani bersetuju mengamalkan dasar kerja yang lebih anjal termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat bagi penjawat awam. Perancangan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) melalui Perutusan Khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Pelaksanaan dasar tersebut akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan kategori

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Apr 32 min read


Kerajaan MADANI pilih realiti, bukan retorik tangani tekanan harga minyak
Pentadbiran Anwar Ibrahim memilih berterus terang mengenai keadaan sebenar berbanding pembangkang yang hanya menawarkan janji tanpa penyelesaian

Akmal Manaf
Apr 32 min read


NATO jauhi konflik Asia Barat, hentikan perang sebelum terlambat - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya tidak terlibat dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan memberi amaran ia berisiko merebak kepada skala global. Dalam kenyataan terbuka bertajuk “This Is Not Your War” yang ditujukan kepada pemimpin NATO, Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, konflik tersebut telah melepasi tahap berbahaya dan ia tidak lagi terhad kepada rantau berkenaan

Helmi Mohd Foad
Apr 12 min read


Malaysia perlu manfaatkan ketahanan ekonomi hadapi krisis tenaga global
Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sebagai negara yang berdaya tahan dalam menghadapi krisis tenaga global dengan penuh tanggungjawab, bukan sekadar berbangga, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong. Beliau berkata demikian merujuk laporan oleh JP Morgan yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara Asia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi tekanan bekalan tenaga global. Menurutnya, kedudukan Malaysia sebagai pengeksport tenaga khususnya gas asli cecair

Helmi Mohd Foad
Apr 12 min read


Kapal Malaysia dibenar lepasi Selat Hormuz, bekalan tenaga terjamin
Pembukaan laluan kepada kapal Malaysia di Selat Hormuz dilihat sebagai langkah awal yang signifikan dalam meredakan tekanan terhadap bekalan minyak negara, meskipun ia belum menjadi penyelesaian menyeluruh kepada kenaikan harga. Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Nabil Halimi berpendapat, dalam suasana geopolitik yang tidak menentu, keutamaan kini bukan sekadar mengekang harga, tetapi memastikan jaminan bekalan agar negara tidak berdepan risiko gangguan rantaian d

Akmal Manaf
Mar 311 min read


Guna minyak sendiri: Pengeluaran tidak mampu penuhi keperluan domestik - Bryan Ng
Hujah penyokong pembangkang mendakwa Malaysia mampu menawarkan harga minyak lebih murah sekiranya petroleum yang dikeluarkan negara tidak dieksport, disifatkan menyeleweng dari sudut fakta dan ekonomi. Menurut Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin, realitinya Malaysia merupakan negara pengimport bersih minyak mentah kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dalam negara. "Kita masih perlu membeli lebih 300,000 tong sehari daripada pa

Akmal Manaf
Mar 311 min read
bottom of page
