top of page

Selangor Pelopor Pertama Dasar Bekerja Dari Rumah

  • Writer: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
    Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
  • 1 hour ago
  • 2 min read

ULASAN: Kerajaan Madani bersetuju mengamalkan dasar kerja yang lebih anjal termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) secara berperingkat bagi penjawat awam.


Perancangan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) melalui Perutusan Khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Pelaksanaan dasar tersebut akan dibuat secara berperingkat dan melibatkan kategori tugas tertentu yang bersesuaian, tanpa menjejaskan operasi perkhidmatan penting kerajaan.


Langkah ini dilihat mampu membantu mengurangkan pergerakan harian pekerja, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api serta mengurangkan tekanan terhadap kos operasi. Justeru Kerajaan Madani menyeru agar sektor swasta di Malaysia agar turut mengambil pendekatan serupa.


Selangor jadi pelopor


Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh PMX, maka Kerajaan Madani Selangor menjadi pelopor pertama yang menyambut perlaksanaan dasar berkenaan secara agresif dan meluas. Kerajaan Madani Selangor sedang menyiapkan pelan pelaksanaan BDR di peringkat pentadbiran negeri, ia bakal diumumkan dalam tempoh waktu terdekat.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Kepimpinan Kerajaan Madani Selangor positif bagi melaksanakan dasar berkenaan memandangkan BDR bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat di Negeri Selangor kerana ia pernah dilaksanakan secara berfasa sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP 2020-2022).


Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati dasar BDR tidak mempengaruhi produktiviti sektor perkhidmatan awam secara negatif kerana pentadbiran Kerajaan masih dapat berjalan dengan lancar walaupun pegawai perkhidmatan awam tidak hadir secara fizikal di pejabat.


Rangkaian fiber optik meluas


Kerajaan Madani Selangor lebih yakin untuk melaksanakan BDR memandangkan Selangor mempunyai antara liputan fiber dan 4G/5G terbaik di Malaysia, lebih 96% liputan 5G di kawasan berpenduduk. Kelebihan ini membantu perlaksanaan BDR di kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor, perlaksanaan BDR tidak hanya tertumpu di kawasan bandar malah ia mampu dilaksanakan di kawasan luar bandar Selangor.


Kerajaan Madani Selangor juga sebelum ini telah melaksanakan Pendigitalan Pentadbiran SUK Selangor (PSPPSUK Selangor) 2021-2025. Dasar ini menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan SUK Selangor bagi tempoh 2021 hingga 2025, selaras dengan visi menjadikan Selangor “Smart, Caring and Resilience”. Dasar pendigitilan di Negeri Selangor yang telah ipersiapkan semenjak tahun 2021 menjadi pemangkin kepada perlaksanaan BDR yang lebih berkesan pada tahun 2026.


Dasar BDR sebenarnya sudah tidak mampu ditolak oleh masyarakat pasca-covid, pengalaman mengharungi pendemik Covid telah memperkenalkan kita kepada cara kerja baru yang dikenali sebagai Telecommuting. Konflik di Asia Barat hanya mempercepatkan perlaksanaan BDR dalam konteks Negeri Selangor, cepat atau lambat BDR pasti menjadi amalan rakyat di Negeri Selangor pada masa hadapan.


Negara-negara maju di dunia seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah sudah tidak menoleh kebelakang lagi terkait perlaksanaan BDR. Malah ekosistem BDR di negara-negara terbabit diperkukuhkan melalui sokongan undang-undang yang jelas.


Sudah pasti BDR mempunyai kelemahan dari segi kawalan dan komunikasi yang lebih berkesan jika dibandingkan dengan cara kerja tradisional (face to face). Namun untuk jangka waktu sekarang BDR adalah pendekatan paling praktikal bagi membantu negara dan rakyat menghadapi bahana konflik di Asia Barat.

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page