top of page

Persiapan Malaysia hadapi krisis tenaga lebih baik berbanding jiran

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Presiden Pas, Hj Hadi Awang sekali lagi menjadi sasaran kritikan susulan penulisannya di ruangan Minda Presiden mendakwa tiada sebab negara ini perlu menaikkan harga minyak kerana mempunyai telaga minyak sendiri, serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam, khususnya melibatkan negara jiran yang banyak sumber alam.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketika ini semua negara berdepan krisis yang mencabar termasuk negara pengeluar minyak, kecuali Brunei.


"Walaupun kita (Malaysia) mengeluarkan lebih kurang 350,000 tong (minyak) sehari, tetapi keperluan (dalam negara kita ialah) 700,000 tong sehari. Maknanya kita kekurangan separuh dan perlu diimport.


"Jadi dia (Hadi Awang) merasakan bahawa loji penapis (minyak) di Kemaman (Terengganu) itu sudah cukup besarlah?


"Sebenarnya maklumat yang dia cuba sampaikan itu tidak tepat dan banyak mengelirukan masyarakat seolah-olah Malaysia ini banyak bekalan minyak, dan kita boleh jual dengan harga lebih rendah," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, Mohd Zawawi mengingatkan pihak pembangkang berkenaan harga sebenar RON95 tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM4 seliter, namun Kerajaan MADANI telah menanggung hampir separuh melalui penyasaran subsidi, sekali gus memastikan harga di Malaysia kekal lebih rendah berbanding negara seperti Qatar dan Arab Saudi.


"Jadi apa lagi nikmat yang tidak disyukuri? Sepatutnya kita mengajak rakyat Malaysia bersyukur dengan persiapan (menghadapi krisis tenaga) yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dengan memperkenalkan BUDI MADANI.


"Maka kita ada sasaran tertentu untuk memberikan subsidi berbanding Thailand. Mereka tidak ada sasaran (subsidi) yang akhirnya memperlihatkan duit simpanan kerajaan habis.


"Berbeza dengan Malaysia, kita sedang buat persiapan awal dan InsyaAllah kita dapat mendepani krisis ini dengan lebih baik dan terkawal," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page