top of page

Kerajaan MADANI pilih realiti, bukan retorik tangani tekanan harga minyak

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 2 min read
SEBUAH kapal tangki minyak belayar membelah lautan, 2 April 2026. Foto Ihsan Petronas melalui Facebook
SEBUAH kapal tangki minyak belayar membelah lautan, 2 April 2026. Foto Ihsan Petronas melalui Facebook

Pendekatan telus dan bertanggungjawab Kerajaan MADANI dalam mengurus tekanan harga tenaga global terus menjadi perhatian apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih berdepan realiti kos sebenar berbanding retorik pembangkang yang disifatkan sekadar ‘slogan’ tanpa penyelesaian konkrit.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin berkata kos pengangkutan minyak melalui Selat Hormuz kini meningkat ketara susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

 BRYAN NG YIH MIIN
 BRYAN NG YIH MIIN

Menurut beliau, lonjakan kos insurans perkapalan serta peningkatan kos operasi kapal memberi kesan langsung kepada harga akhir bahan api di Malaysia.


“Ia bukan isu yang unik kepada Malaysia sahaja sebaliknya seluruh Asia Tenggara berdepan cabaran yang sama,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Bryan yang juga seorang peguam menegaskan perdebatan sebenar bukan lagi tertumpu kepada persoalan sama ada subsidi perlu diberikan atau tidak sebaliknya bagaimana tekanan harga dapat diurus secara bijak dan mampan.


Katanya, Kerajaan MADANI memilih pendekatan subsidi bersasar bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana terus dilindungi manakala golongan berkemampuan membayar harga pasaran sebenar.


“Pendekatan ini lebih adil dan berhemat berbanding subsidi secara menyeluruh yang membebankan fiskal negara sehingga berbilion ringgit setiap tahun tanpa mengambil kira kemampuan penerima,” ujarnya.


Beliau turut menjelaskan walaupun kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz, kos penghantaran minyak kekal tinggi berikutan peningkatan insurans dan harga bahan api kapal sekali gus mengekalkan harga petrol dan diesel tanpa subsidi pada paras tinggi.


Dalam masa sama, beliau mempersoalkan kegagalan pembangkang menjelaskan sumber pembiayaan sekiranya harga minyak ingin diturunkan tanpa subsidi.


“Dari mana sumber untuk menampung perbezaan harga itu? Hutang atau simpanan Petronas? Tiada jawapan diberikan kerana hakikatnya tidak popular,” katanya.


Menurutnya, pentadbiran Anwar Ibrahim memilih untuk berterus terang mengenai keadaan sebenar berbanding pembangkang yang hanya menawarkan janji tanpa penyelesaian.


“Kerajaan MADANI memilih untuk bercakap benar kepada rakyat, walaupun kebenaran itu kadangkala pahit, berbanding menabur janji manis yang tidak mampu ditunaikan,” katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page