top of page

Berita


Belanjawan M40, B40: Keikhlasan Bela Rakyat, Bukan Gula-Gula Pilihanraya
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Setiap kali dokumen belanjawan dibentangkan di Parlimen, reaksi kita di kedai kopi mahupun di bilik mesyuarat korporat sentiasa berpasak pada satu soalan ringkas: apa impaknya pada poket kita di penghujung bulan nanti? Di sebalik deretan angka ratusan bilion ringgit dan jargon fiskal yang memenuhi dewan, Belanjawan 2027 yang bernilai RM459.8 bilion ini membawa mesej yang cukup jelas. Kancah politik tanah air mungkin kerap dilanda gelora dan ketidak

Suara Keadilan
Oct 123 min read


Kerajaan tabur janji: 'Dakwaan Presiden Makkal Sakti tidak berpijak di bumi nyata'
Dakwaan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri RS Thanenthiran bahawa Kerajaan MADANI sekadar menabur janji pilihanraya dan gagal membantu rakyat 'dipatahkan' dengan pelbagai perkembangan positif ekonomi negara, termasuk pertumbuhan 5.7% pada separuh pertama tahun ini dan peningkatan kedudukan Malaysia dalam indeks daya saing dunia. Setiausaha Pengelola KEADILAN Selangor, Jestin Raj Savarimuthu (gambar) berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya

Akmal Manaf
Sep 282 min read


Jurucakap Kerajaan perlu sampaikan semua maklumat pastikan rakyat faham
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar) mendedahkan tugas sebagai Jurucakap Kerajaan menuntut beliau memberi penjelasan mengenai pelbagai isu yang menjadi perhatian rakyat, termasuk perkara yang berada di luar bidang kuasa kementeriannya. Menceritakan perkara itu menerusi rancangan bual bicara khas Kerusi Biru di platform Youtube KEADILAN, katanya, tanggungjawab berkenaan menyebabkan seolah-olah setiap isu atau maklumat yang tidak berjaya sampai kepada rakyat, ak

Akmal Manaf
Sep 242 min read


Kerajaan mesti bersatu dalam apa jua suasana, jaga kebajikan rakyat - MAPIM
Kerajaan tidak boleh hanya bersatu ketika membentuk Kabinet, tetapi berpecah ketika berhadapan dengan kepentingan rakyat, kata Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar). Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu menyifatkan, Kerajaan Perpaduan merupakan realiti politik yang membawa tanggungjawab besar kepada semua parti yang terlibat. Justeru katanya, Kerajaan Perpaduan mesti mempunyai disiplin pemerintahan, bukan hanya sekadar disiplin mengenai pembahagian kuasa

Akmal Manaf
Sep 212 min read


Kerajaan MADANI tegas dapatkan semula aset terkait skandal 1MDB
Kerajaan MADANI kekal tegas dalam usaha mendapatkan semula aset yang berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk melalui tindakan perundangan di beberapa negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah obligasi 1MDB ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar serta baki hutang RM8.9 bilion. Tambahnya, sebanyak RM31.3 bilion diterima sebagai hasil pemulihan aset, menjadikan baki kerugian yan

Azuan Ab Rahman
Sep 141 min read


Kos haji kekal RM33,300 bagi tahun keempat berturut-turut - Dr Zulkifli
Kerajaan MADANI menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kos haji Muassasah pada RM33,300 seorang bagi musim haji 1448H/2027M, untuk tahun keempat berturut-turut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan secara mampan dan saksama, selain meringankan beban bakal jemaah. Bagi jemaah kumpulan B40, bayaran haji kekal RM15,000, ma

Suara Keadilan
Sep 92 min read


PH teguh dukung agenda perangi rasuah, individu bersalah perlu selesai hukuman
Pakatan Harapan (PH) menegaskan komitmennya untuk terus mendukung usaha Kerajaan MADANI memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Menurut Majlis Setiausaha PH, pendirian itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini supaya setiap kes berkaitan rasuah dan salah guna kuasa disiasat secara menyeluruh. "Pakatan Harapan memberi dokongan penuh terhadap usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah

Suara Keadilan
Sep 92 min read


65 peratus wang penipuan scammer dipulangkan, kejayaan Kerajaan MADANI
Sebanyak 65 peratus wang hasil penipuan yang berjaya disita oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini telah dipulangkan kepada mangsa, perkembangan yang disifatkan sebagai kejayaan Kerajaan MADANI dalam usaha membanteras jenayah penipuan yang tidak berjaya dilakukan kerajaan sebelum ini. Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim berkata, jumlah berkenaan sebagaimana laporan berita, membabitkan kira-kira RM5.16 juta d

Suara Keadilan
Sep 62 min read


PMX bawa banyak berita gembira sempena merdeka
PMX gembira menyambut merdeka bersama rakyat di Putrajaya hari ini Ulasan Berita: Tidak seperti sambutan Hari Kebangsaan tahun-tahun sebelumnya, sambutan tahun ini tentunya membuatkan rakyat lebih dilimpahi kegembiraan. Hal ini kerana sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa banyak berita gembira melalui perutusan Amanat Merdeka yang disampaikannya petang semalam. Berita paling menggembirakan tentunya apabila

Noraini Nordin
Aug 312 min read


Enam ikhtiar: Bukti Kerajaan MADANI mendengar, usaha selesai masalah rakyat - AMK
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyifatkan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai cerminan manifestasi Kerajaan MADANI yang mendengar dan bertindak terhadap suara rakyat. Setiausaha AMK Pusat, Omar Mokhtar A Manap berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman enam ikhtiar tambahan untuk rakyat yang merangkumi aspek kos sara hidup, pendidikan, peluang digital anak muda, kesihatan awam dan kelangsungan perniagaan kecil

Redzuan Shamsudin
Aug 312 min read


Baik pulih sekolah daif: RM9 bilion laksana 367 projek sejak 2023
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM9 bilion bagi melaksanakan 367 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara sejak 2023 hingga tahun ini yang disifatkan sebagai kelulusan terbesar dalam tempoh empat tahun. Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (gambar) berkata langkah itu mencerminkan usaha kerajaan mempercepatkan penyelesaian masalah bangunan sekolah daif khususnya yang boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan murid. “Jumlah ini adalah yang paling besar

Suara Keadilan
Aug 272 min read


Mansuh AUKU: Universiti mampu bersaing di peringkat global
Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagaimana yang diumumkan Kerajaan MADANI akan membuka peluang kepada universiti di Malaysia untuk membina identiti akademik yang lebih bebas dan kompetitif di peringkat antarabangsa. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Suhail Wan Azahar berkata, dengan perkembangan terbaharu itu universiti di negara ini akan lebih bebas dalam membincangkan idea dan terbuka untuk membincangkan semua perkara sebag

Hasbul Ahmad
Aug 262 min read


Parti Bukan Agama: Berbeza Politik Tanpa Mengorbankan Persaudaraan
Oleh: Dr Mohd Faizul Azmi ULASAN: Saya berkesempatan mengikuti slot Analisis di TV AlHijrah yang dikendalikan oleh Amin Idris dengan tajuk “Parti Bukan Agama”. Perbincangan tersebut menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan; Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil; dan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz. Pada pandangan saya, tajuk ini mungkin kedengaran mudah. Semua orang tahu bahawa parti politik bukan agama. Namun, apa yang ber

Suara Keadilan
Aug 209 min read


Kerajaan MADANI semak semula kadar gaji minimum
Kerajaan sedang dalam proses menyemak semula kadar gaji minimum RM1,700 bagi menentukan sama ada perlu dikekalkan atau dinaikkan ke paras baharu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, semakan selaras dengan Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan Majlis Perundingan Gaji dan Gig Negara (MPGGN). Beliau juga menjelaskan bahawa semakan tersebut mengambil kira indikator asas seperti Pendapa

Suara Keadilan
Aug 191 min read


DAP utamakan kestabilan, terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan
Keputusan yang dicapai dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 semalam menetapkan hala tuju DAP Ulasan Berita: Keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 sudah pun diketahui di mana 1,857 perwakilan akhirnya mengundi agar parti itu terus kekal dalam kerajaan, sementara hanya 242 memilih untuk keluar kerajaan. Keputusan itu dengan sendirinya memperlihatkan DAP tetap bersama dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke akhir penggal. Sebab itu perbezaan

Noraini Nordin
Aug 172 min read


Kukuhkan ekosistem media sosial, media arus perdana – Mustapa
Kerajaan perlu memperkukuh hubungan antara media perdana, media sosial dan rakyat bagi memastikan maklumat serta pencapaian kerajaan dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada masyarakat. Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa (gambar) berkata, media sosial tidak seharusnya bergerak secara bersendirian, sebaliknya perlu diwujudkan satu ekosistem komunikasi yang saling melengkapi. "Kita perlu melihat semula hubungan de

Suara Keadilan
Aug 132 min read


Kerajaan MADANI dalam proses perkukuh tadbir urus, intergriti NAFAS
Kerajaan MADANI sedang berusaha memperkukuh tadbir urus, integriti serta keberkesanan pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihaknya kini sedang meneliti undang-undang dan peraturan bagi menangani isu-isu yang dikenal pasti sekaligus melindungi kepentingan ahli pertubuhan itu. Tambahnya, ketika ini perlembagaan NAFAS masih digantung di bawah Seksyen 20 Akta Pertubuhan Pela

Suara Keadilan
Aug 62 min read


PRN NS: Bimbang politik identiti kaum, agama makin menular - Dr Mujahid
Kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kelmarin disifatkan sebagai petunjuk bahawa politik identiti kaum dan agama mengatasi politik nilai rentas kaum serta agama yang dibawa Pakatan Harapan (PH) selama ini. Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata keputusan itu menunjukkan pengundi Negeri Sembilan lebih dipengaruhi emosi dan sentimen kaum berbanding penilaian terhadap pre

Redzuan Shamsudin
Aug 32 min read


Kerajaan MADANI jamin subsidi, bantuan rakyat terus kekal
Kerajaan MADANI memberi jaminan tidak akan mengurangkan pemberian subsidi termasuk bantuan yang sedang disalurkan kepada rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata pendirian itu kekal meskipun berdepan keadaan ketidaktentuan ekonomi global. "Kerajaan tidak akan mengurangkan apa jua subsidi atau bantuan sedia ada. Itulah pendirian kerajaan pada ketika ini," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu. Mengulas lanjut beliau berkata, konflik di Asia Barat telah memberi tek

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Bayar hutang RM51 bilion, kerajaan masih mampu beri keselesaan kepada rakyat
Tidak banyak negara di dunia yang masih mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat, pada waktu sama menghabiskan belanjawan sehingga RM51 bilion membayar hutang yang tidak digunakan dalam menjana pembangunan negara. Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Terengganu, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin, hal pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa membebankan rakyat merupakan kecemerlangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, di nega

Akmal Manaf
Jul 132 min read
bottom of page
