top of page

Undi PH berdasarkan rekod kecemerlangan Kerajaan MADANI

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
16 hours ago
1 min read
Ahli Parlimen Pasir Gudang,  Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim

Pengundi Melaka diseru memberi mandat kepada calon Pakatan Harapan (PH) bersandarkan rekod Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbukti berjaya mewujudkan peluang pekerjaan.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata kemampuan menyediakan peluang pekerjaan adalah antara ciri penting untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan.


"Oleh kerana PH tidak menjadi kerajaan di Melaka, rekod kerajaan persekutuan di mana PH menjadi komponen teras utamanya bolehlah dijadikan sandaran ukuran," katanya dalam warkah terbuka kepada pengundi Melaka.


PH Melaka menerusi manifesto dilancarkan pada 3 Nov lalu berjanji akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada belia. Langkah itu bagi memastikan mereka tidak perlu berpindah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan.


Sementara itu menurut Hassan, statistik guna tenaga dan pelaburan yang dilaporkan agensi kerajaan menunjukkan ratusan ribu peluang pekerjaan baharu telah dan sedang dijana sepanjang pentadbiran Kerajaan Madani.


Katanya, berdasarkan angka Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysia merekodkan jumlah pelaburan diluluskan bagi tahun 2023 dan 2024 bernilai RM708 bilion yang dijangka menjana secara keseluruhan lebih 334,000 peluang pekerjaan.


"Pelaburan AS$15 bilion (kira-kira RM61 bilion) oleh Google di Malaysia bagi tempoh 2027 hingga 2028 dijangka menyokong lebih 37,000 pekerjaan tempatan setahun sepanjang fasa pembinaan kampus pusat datanya.


"Ini fakta yang rakyat Melaka dan Malaysia boleh nilai sendiri hasil kerja Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam usaha untuk menjana pekerjaan bagi rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page