top of page

Berita


RCI TH: Mengapa 'kambing hitam' Anwar, RCI siasat, siap era PN?
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan oleh pihak yang kononnya memperjuangkan isu Melayu berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) kerana proses penubuhan dan siasatan itu berlaku ketika beliau bukan sebahagian daripada kerajaan. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ketika RCI ditubuhkan pada 15 Julai 2021 dan proses siasatan berjalan, Anwar hanyalah Ahli Parlimen Port Dickson dan Ketua Pembangkang. A

Akmal Manaf
19 hours ago2 min read
Â
Â


Mansuh AUKU: PM sedar akta lapuk menghambat reformasi anak muda
Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menggantikannya dengan akta baharu merupakan langkah positif kerana mampu membuka ruang demokrasi yang lebih luas kepada generasi muda, khususnya mahasiswa. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, pengumuman Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemansuhan AUKU pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka semalam wajar disoko

Suara Keadilan
Aug 162 min read
Â
Â


KEADILAN mampu bangkit kembali, adakan PRU16 dalam tempoh 12 bulan
Kekalahan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Johor dan Sabah tidak bermakna parti itu sudah melemah, sebaliknya perlu bangkit menyusun semula strategi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar), KEADILAN sebagai parti reformasi perlu mempunyai semangat untuk menerima kekalahan dan terus berjuang. "Setelah hilang kerajaan Negeri Sembilan dalam pilihanraya negeri 1 Ogos dan kalah sebelum itu di J

Suara Keadilan
Aug 32 min read
Â
Â


Sekurang kurang tiga kesalahan jenayah dikesan berdasarkan laporan RCI TH
Dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya berakhir sebagai laporan semata-mata, sebaliknya perlu disusuli siasatan menyeluruh dan pendakwaan terhadap mana-mana pihak sekiranya didapati melakukan kesalahan, kata Hassan Abdul Karim (gambar). Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, beliau percaya Kerajaan MADANI akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia

Akmal Manaf
Jul 302 min read
Â
Â


PM utamakan kebijaksanaan prinsip ZOPFAN kendalikan hubungan luar
Pendekatan diplomasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpaksikan prinsip ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) di Asia Tenggara membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan seimbang dengan kuasa-kuasa besar dunia tanpa mengorbankan dasar berkecuali negara, kata Hassan Abdul Karim (gambar). Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menyifatkan, pengalaman Anwar selama 16 tahun berada dalam kerajaan sebelum ini, selain penglibatan aktifnya di pentas antarabangsa m

Akmal Manaf
Jul 291 min read
Â
Â


RCI TH bakal dedah hal sebenar, tetapi tiada kuasa pendakwaan - Hassan
Di sebalik penantian terhadap pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (LTH) minggu ini, antara persoalan yang timbul ialah sama ada individu yang dinamakan dalam laporan itu akan didakwa secara automatik di mahkamah. Menjawab persoalan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, pendakwaan tidak berlaku secara automatik kerana RCI tidak mempunyai kuasa mendakwa atau menghukum. Sebaliknya, beliau menjelaskan

Akmal Manaf
Jul 272 min read
Â
Â


Lantik Timbalan Exco Johor tiada dalam Perlembagaan - Hassan Karim
Pelantikan 10 Timbalan Exco Johor wajar disemak dari sudut perundangan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar). Perkara tersebut menurutnya perlu diteliti berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. "Sekarang ada 10 lagi ADUN dilantik sebagai Timbalan Exco. Saya puas rujuk dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada disebut di sini tentang peruntukan jawatan Timbalan Exco. "Undang-undang menetapkan tidak lebih daripada 10 Exco, tapi sekarang suda

Akmal Manaf
Jul 231 min read
Â
Â


PRN selesai kekusutan di Negeri Sembilan, iktiraf keabsahan kerajaan
Penyertaan semua parti politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap keabsahan proses perlembagaan negeri sekali gus berpotensi menamatkan kemelut politik yang melanda negeri itu. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata sekiranya semua parti termasuk Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengemukakan calon pada hari penamaan calon pada Sabtu ini, tindakan itu dari sudut undang

Helmi Mohd Foad
Jul 151 min read
Â
Â


Janji turun harga minyak berjaya dikotakan PM - Hassan Karim
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti berjaya menunaikan janjinya untuk menurunkan minyak bagi dinikmati seluruh lapisan warganegara melalui pelaksanaan dasar subsidi bersasar. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata pihaknya sendiri sanggup berdebat termasuk menghadapi pembangkang sekiranya mereka masih mendakwa Perdana Menteri gagal mengotakan kata-katanya. "Anwar menunggu masa sehingga berlaku krisis geopolitik di Timur Tengah iait

Helmi Mohd Foad
Jul 142 min read
Â
Â


PRU 16 mungkin lebih baik buat PH di Johor - Hassan Karim
Pakatan Harapan (PH) berpotensi meraih semula sokongan pengundi masyarakat Cina di Johor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16, namun kerajaan disaran memberi perhatian terhadap isu e-Invoice, kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan subsidi diesel yang menjadi kebimbangan utama golongan peniaga. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, berdasarkan pemerhatian dan pembacaannya masyarakat Cina di Johor ketika ini mungkin masih memberi sokongan kepa

Akmal Manaf
Jul 131 min read
Â
Â


Hassan Karim rayu Kerajaan Sabah benarkan Asraf masuk temui keluarga
Kerajaan Sabah dirayu supaya mempertimbangkan semula keputusan menghalang Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Asraf Sharafi daripada memasuki negeri itu. Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar), beliau dimaklumkan melalui laporan media bahawa Asraf tidak dibenarkan memasuki Sabah pada 30 Jun. "Saya menerima maklumat melalui media bahawa seorang warganegara Malaysia bernama Asraf Sharafi telah tidak dibenarkan memasuki Sab

Suara Keadilan
Jul 11 min read
Â
Â


Pemberian kewangan kepada negeri Johor berlandaskan Perlembagaan
Pemberian kewangan kepada negeri-negeri dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, bukan dilakukan secara sewenang-wenangnya. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, setiap bentuk agihan kewangan kepada negeri termasuk Johor adalah tertakluk kepada kerangka perundangan yang jelas dan tidak wajar dipertikaikan. "Di bawah Perkara 109 (1) Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan bahawa pada setiap tahun kewangan hendaklah Keraj

Suara Keadilan
Jun 211 min read
Â
Â


Nilai prestasi dengan adil, kejayaan Kerajaan MADANI jangan dinafikan - Hassan Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) mengingatkan rakyat Johor supaya menilai prestasi Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan secara adil dan seimbang dengan tidak hanya menumpukan kepada kelemahan, sebaliknya turut mengiktiraf pencapaian yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat. Beliau berkata, setiap kerajaan mempunyai kekurangan yang boleh ditegur dan diperbaiki, namun kejayaan yang dicapai juga wajar diberikan pengiktirafan. Menurutnya, pendekata

Sidiqin Omar
Jun 142 min read
Â
Â


Parti dilanda ujian, AMK siap siaga kukuhkan semula akar umbi
Meskipun dilabel ‘cedera dan parah’, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menegaskan parti itu masih teguh dan mampu dipulihkan menerusi mobilisasi besar-besaran golongan profesional muda dan pengukuhan semula semangat reformasi. Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Adib Burhan (gambar) mengakui parti berkenaan berdepan keadaan yang kurang menyenangkan sebagaimana tulisan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, namun menegaskan hal itu bukanlah titik lemah kepada per

Akmal Manaf
May 292 min read
Â
Â


Perlu pinda Akta Pendidikan untuk iktiraf UEC, bahasa ibunda mudahkan pendidikan
Hassan (tengah) memberi pendapat berkenaan pelaksanaan UEC dan Prof Dr Chin Huat (kanan) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tampil mengkritik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina kerana terus mempertahankan pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) meskipun ianya belum diiktiraf di bawah Akta Pendidikan 1996. Beliau berkata, pengiktirafan mutlak terhadap UEC tidak boleh dilaksanakan ketika ini kerana sijil tersebut lahir daripada sistem sekolah menengah p

Akmal Manaf
May 262 min read
Â
Â


'Jika tidak bertanding PRU 16, KEADILAN tetap wadah perjuangan'
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) menegaskan beliau akan terus setia dan berjuang mempertahankan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meskipun tidak akan bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. Menurut beliau, kesetiaan terhadap parti yang diperjuangkannya selama ini tidak akan luntur walaupun faktor usia mungkin membataskan pergerakan fizikalnya. "Saya akan berkempen untuk Parti KEADILAN dalam pilihan raya umum nanti, wala

Redzuan Shamsudin
Feb 221 min read
Â
Â
bottom of page
