top of page

PM utamakan kebijaksanaan prinsip ZOPFAN kendalikan hubungan luar

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

Pendekatan diplomasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpaksikan prinsip ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) di Asia Tenggara membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan seimbang dengan kuasa-kuasa besar dunia tanpa mengorbankan dasar berkecuali negara, kata Hassan Abdul Karim (gambar).


Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menyifatkan, pengalaman Anwar selama 16 tahun berada dalam kerajaan sebelum ini, selain penglibatan aktifnya di pentas antarabangsa membolehkan beliau memahami dengan mendalam prinsip ZOPFAN yang menjadi asas kepada dasar luar Malaysia dan hubungan negara-negara Asia Tenggara.


Beliau berkata, meskipun Anwar pernah menjadi aktivis NGO yang lantang mengkritik kerajaan sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika era Tun Abdul Razak susulan demonstrasi di Baling pada tahun 1974, beliau tetap menghormati negarawan itu yang meletakkan asas Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dan ZOPFAN.


"Penasihat Tun Abdul Razak kebanyakannya (merupakan) pakar-pakar golongan kiri (haluan kiri) sebab itu dasar Tun Abdul Razak ketika itu dapat bertahan dan diamalkan sampai sekarang. Anwar faham (perkara) itu.


"Sebab yang kedua pula, cuba tengok Perlembagaan KEADILAN pada mulanya ada 17 dasar, kemudian ditambah lagi satu dasar menjadikan keseluruhannya 18 dasar.


"Dasar-dasar perjuangan itu digubal dan dirangka oleh pimpinan KEADILAN, termasuk saya dan menjadi antara syarat utama yang perlu diterima sebelum Parti Rakyat Malaysia sebelum ini bersetuju bergabung dengan parti lain (KEADILAN)," katanya dalam satu siaran video.


Menurut Hassan, Perlembagaan KEADILAN turut mengandungi dasar luar negara yang selaras dengan cita-cita Tun Abdul Razak.


Tokoh KEADILAN itu menambah, pendekatan sedemikian membolehkan Anwar yang juga Perdana Menteri mengamalkan dasar luar yang seimbang dengan mengekalkan hubungan baik bersama Amerika Syarikat (AS) serta memperkukuh kerjasama dengan Rusia, China dan Brazil.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page