top of page

Malaysia import hampir 50% minyak kegunaan domestik, terdedah kepada konflik

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 days ago
  • 2 min read

Tular di media sosial video lama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum 2008 berhubung isu harga minyak dan Malaysia sebagai pengeluar minyak.


Namun beberapa netizen tampil menerangkan konteks semasa dengan menyifatkan keadaan industri tenaga negara kini jauh berbeza berbanding hampir dua dekad lalu.


Menerusi perkongsian Ahmad Mursi di Facebook, beliau tampil menjelaskan sebelum tahun 2010, Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak dengan jumlah pengeluaran dan eksport melebihi kadar import negara.


Bagaimanapun, selepas tahun 2010, situasi itu berubah apabila Malaysia mula mengimport lebih banyak minyak berbanding yang dieksport.


"Pengeluaran kita menurun saban tahun kerana telaga matang, tetapi penggunaan kita pula melonjak dua kali ganda.


"Pada 2008, pengeluaran minyak negara adalah sekitar 720,000 tong sehari, namun kini menurun kepada kira-kira 500,000 tong sehari.


"Pada masa sama, penggunaan harian meningkat daripada sekitar 520,000 tong sehari pada 2008 kepada lebih 900,000 tong sehari ketika ini.


"Peningkatan itu didorong pertambahan jumlah kenderaan saban tahun, daripada kira-kira 18 juta pada 2008 kepada hampir 39 juta menjelang 2025, iaitu peningkatan lebih 20 juta," jelas beliau.


Kini menurutnya, hampir 50% minyak untuk kegunaan domestik negara diimport, termasuk melalui laluan strategik seperti Selat Hormuz, sekali gus menjadikan bekalan tersebut terdedah kepada perkembangan geopolitik semasa.


"PMX (Anwar) kata, subsidi petrol naik daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam masa tak sampai seminggu pada perang kali ini.


"Boleh saja buta-buta jadi populis bagi subsidi lebih besar, (tapi) isunya nak bayar guna duit mana? Duit anak-anak kita daripada hutang negara yang mereka kena tanggung.


"MADANI tak hapus subsidi, tapi diberi secara bersasar supaya tidak tiris, diseleweng atau diseludup.


"RM4 bilion diselamatkan daripada ketirisan subsidi diesel sahaja. Bayangkan (implikasinya) kalau perang berlaku dan kerajaan tak baiki ketirisan ini," katanya lagi menempelak netizen pro pembangkang atau laskar siber mereka yang sering menyerang kerajaan apabila harga petrol dan diesel tidak bersubsidi melambung mengikut harga apungan antarabangsa berikutan konflik Asia Barat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page