Krisis tenaga: Kerajaan giat penerangan, seru rakyat guna PriceCatcher
- Suara Keadilan

- Apr 5
- 1 min read

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengadakan sesi penerangan bersama timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, di kawasan Parlimen itu malam tadi.
Menurut beliau, sesi tersebut memberi fokus kepada isu krisis tenaga global, langkah yang diambil kerajaan untuk menanganinya, serta usaha berterusan dalam melindungi kebajikan rakyat.
"Dalam menghadapi cabaran global, kekuatan kita lahir daripada disiplin, diperkukuh dengan kerjasama, dan disokong oleh keyakinan," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus kekal teguh dan berdaya tahan dalam mendepani pelbagai cabaran semasa.
"Insya-Allah, Malaysia akan terus kekal teguh, stabil dan berdaya tahan menghadapi apa jua rintangan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Fahmi turut menggesa orang ramai supaya memanfaatkan aplikasi PriceCatcher bagi membuat semakan harga dan memilih barangan dengan lebih bijak.
Langkah itu, katanya, mampu membantu pengguna membuat keputusan lebih tepat dalam mengurus perbelanjaan harian, khususnya dalam situasi tekanan kos sara hidup ketika ini.




Comments