top of page

Diplomasi strategik kukuh kedudukan Malaysia hadapi krisis global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read

Malaysia kekal berada dalam keadaan terkawal dalam mendepani konflik di Asia Barat, hasil pendekatan proaktif diplomasi strategik Kerajaan MADANI serta kerjasama berterusan di peringkat serantau dan global.


Pegawai Strategik (Perhubungan Awam), Cinta Gaza Malaysia, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dipetik laporan media pada Sabtu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah awal bagi memastikan rantaian bekalan negara terus stabil.


Antara langkah penting dilaksanakan termasuk memastikan kapal tangki minyak Malaysia dapat melalui Selat Hormuz, sekali gus menjamin kesinambungan bekalan tenaga negara.

Muhd Haikal Luqman Zulkefli
Muhd Haikal Luqman Zulkefli

"Kita perlu memastikan bahawa kita tidak terlalu terkesan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, kita harus menggunakan ruang yang ada sebaik mungkin.


"Sebagai contoh, saya sering menyebut bahawa ruang diplomasi dan politik yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia ketika ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk dimanfaatkan.


"Langkah strategik kerajaan, disokong kerjasama erat di peringkat serantau dan antarabangsa, diyakini mampu memastikan ekonomi Malaysia kekal stabil, berdaya tahan serta tidak mudah terjejas oleh ketidaktentuan global," katanya.


Sementara itu menurut Muhd Haikal, Malaysia turut mengadakan perbincangan bersama Indonesia bagi merangka penyelesaian yang konstruktif untuk memastikan isu di Asia Barat dapat ditangani dengan lebih baik.


"Sekurang-kurangnya, kita boleh memainkan peranan sebagai mediator dan orang tengah dalam usaha mendamaikan kedua-dua pihak terlibat," tambahnya.


Dalam masa sama, beliau juga mengulangi seruan Perdana Menteri agar rakyat Malaysia terus mengamalkan perbelanjaan berhemah sebagai langkah bersama dalam memastikan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page