KPT pantau keselamatan pelajar di negara Teluk
- Suara Keadilan

- Mar 31
- 1 min read

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapi keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat susulan ketegangan akibat konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memantau situasi semasa khususnya di negara-negara Teluk yang berpotensi terkesan konflik tersebut.
Tambahnya, maklumat awal menunjukkan tindak balas Iran lebih tertumpu kepada institusi atau kemudahan yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel.
"Jika dilihat di negara-negara Teluk — hanya Arab Saudi mempunyai bilangan pelajar Malaysia yang ramai. Negara Teluk lain termasuk institusi yang berkaitan dengan Amerika Syarikat, mempunyai bilangan pelajar yang sedikit.
"Kita sudah arahkan KPT untuk memantau pelajar Malaysia yang menuntut di institusi di negara bergolak itu bertujuan supaya segala bantuan segera dapat dilakukan termasuk memastikan keselamatan dan keberadaan pelajar kita di sana tidak terjejas," katanya dipetik.
Dr Zambry ditemui pada Majlis Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus semalam.




Comments