Diplomasi Navigasi: Malaysia Kekal Berdaya Tahan di Tengah Krisis Selat Hormuz
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 2 min read

Oleh: Shahbudin Embun
ULASAN: Pada saat peta geopolitik dunia semakin mengecil akibat konflik di Timur Tengah, persoalan besar timbul: Bagaimanakah Malaysia mampu mengekalkan kestabilan bekalan dan pergerakan ekonomi ketika negara-negara besar mula merasai tekanan?
Jawapannya bukan pada kekuatan ketenteraan tetapi pada ketajaman diplomasi hubungan luar.
Selat Hormuz nadi yang terancam
Selat Hormuz (dikongsi lebih lima negara Arab) bukan sekadar laluan air, ia merupakan urat nadi tenaga global. Sebarang gangguan di titik kilas (chokepoint) ini akan mencetuskan kesan domino terhadap harga minyak dunia dan rantaian bekalan domestik.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khas beliau baru-baru ini telah memberi amaran jelas bahawa gangguan ini adalah ancaman nyata kepada sekuriti tenaga Malaysia.
Strategi "hubungan pintar" Anwar
Sekpur melihat bahawa kelebihan Malaysia hari ini berakar umbi daripada pendekatan konsisten Datuk Seri Anwar. Beliau mengamalkan prinsip yang jarang ditemui dalam politik antarabangsa moden:

Ketegangan yang Berprinsip: Tegas mengkritik keganasan dan ketidakadilan tanpa kompromi.
Akses Tanpa Sekatan: Melalui hubungan kerja yang matang dengan semua pihak Malaysia berjaya mengemudi laluan yang "terkunci" bagi pihak lain.
Keselamatan Melalui Kepercayaan: Membuktikan bahawa keselamatan sesebuah negara tidak bergantung kepada jumlah senjata tetapi kepada sejauh mana ia dipercayai sebagai rakan runding yang jujur.
Malaysia bergerak waktu dunia terhimpit
Apabila kos insurans kapal meningkat berkali ganda dan laluan perdagangan menjadi berisiko, keupayaan Malaysia untuk "tetap bergerak" dan kapal tangki Petronas diberi lampu hijau melalui Selat Hormuz adalah bukti keberkesanan soft power. Ini membolehkan rakyat terus menikmati kestabilan harga minyak pada saat ekonomi global berada dalam keadaan tidak menentu.
"Dalam geopolitik, negara yang paling selamat bukanlah yang paling kuat. Ia adalah negara yang tahu bagaimana mengurus perhubungan."
Kejayaan mutlak PM
Kejayaan diplomasi navigasi dalam isu pengangkutan minyak mentah melepasi Selat Hormuz tanpa bayaran 'tol' AS$2 juta ini perlu diberi kredit hanya kepada PM Anwar.
PM telah berhubung dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian sebelum kebenaran itu diperolehi. Hujah cytro Pas kononnya pemimpin Iran menghormati Presiden parti itu, Tan Sri Hadi Awang yang kerap bertemu ulama negara Iran tidak benar sama sekali.
Tiada bukti Hj Hadi berhubung dengan mana mana pemimpin Iran bagi membenarkan kapal Malaysia melepasi Selat Hormuz. Hubungan antara negara dilaksanakan antara ketua kerajaan, bukannya antara pemimpin pembangkang dan kerajaan.
Penulis merupakan Ketua Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat




Comments