top of page

Harga minyak: Konflik Asia Barat tingkatkan kos pengangkutan, insurans perkapalan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Mar 28
  • 2 min read

Hujah penyokong pembangkang bahawa harga minyak Malaysia boleh dikekalkan murah mengingkari realiti kerana hampir 50% keperluan petroleum negara diimport dari negara Asia Barat yang sedang berkonflik.


Menurut Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos, kebergantungan kepada import bahan api itu menyukarkan usaha untuk kerajaan mengawal harga.


Biarpun, katanya, kapal minyak Malaysia dibenarkan Iran untuk belayar di Selat Hormuz namun kos insurans dan pengangkutan perkapalan telah meningkat berlipat kali ganda berbanding sebelum konflik Asia Barat meletus.


"Walaupun kapal pembekal minyak melepasi laluan Selat Hormuz, namun kos penghantaran seperti insurans, minyak (pengangkutan) dan lain-lain naik berkali ganda akibat risiko perang yang sedang berlaku.

Eddiarman Mohd Yunos
Eddiarman Mohd Yunos

"Sebab itu kita lihat tindakan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seperti menyelaras semula kuota BUDI 95 daripada 300 kepada 200 liter, mempertingkatkan kawalan penyeludupan secara maksimum dan dasar bekerja dari rumah (BDR) untuk sektor kerajaan menjadi langkah sementara bagi melindungi jaminan bekalan keperluan rakyat.


"Langkah-langkah itu dijangka mampu meredakan dan menstabilkan bekalan dalam jangka masa terdekat, sekurang-kurangnya sehingga peperangan yang berlaku dapat ditangani (tamat)," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada wajar hujah penyokong pembangkang yang mendakwa minyak Malaysia boleh menjadi murah sekiranya hanya bergantung kepada pengeluaran domestik.


Mengulas lanjut, Eddie berkata, pembangkang sewajarnya memberi sokongan usaha kerajaan mengekalkan subsidi minyak dengan tidak menyembunyikan fakta sebenar mengenai harga petroleum dunia serta penggunaan minyak domestik, dan tidak cuba menimbulkan persepsi negatif yang boleh mengelirukan rakyat.


Menurutnya, isu yang sedang berlaku ketika ini bukan berpunca daripada masalah dalaman negara, sebaliknya merupakan krisis global.


"Kita mungkin hanya mampu mengurangkan impaknya, namun untuk menghentikan krisis peperangan tersebut secara segera bukanlah dalam kemampuan kita.


"Kita lihat rundingan demi rundingan yang diadakan merupakan pendekatan yang digunakan oleh PM Anwar dan dilihat agak berkesan setakat ini, khususnya dalam menangani isu laluan kapal bekalan (minyak) Malaysia di Selat Hormuz seperti yang saya jelaskan tadi.


"Jika pembangkang menjadi kerajaan (ketika ini), saya rasa belum pasti mereka mampu melakukan (mengekalkan subsidi) seperti apa yang dibuat oleh Kerajaan MADANI," katanya lagi.


Untuk rekod, PM Anwar berjaya mendapatkan kebenaran kerajaan Iran bagi membenarkan kapal kapal Malaysia melepasi Selat Hormuz yang dikawal sepenuhnya oleh negara itu.


Sebelum ini hanya negara 'sahabat' seperti Rusia, China, India dan Pakistan dibenarkan Iran melalui selat berkenaan, menyebabkan bekalan tenaga dunia terjejas kerana kebanyakan negara Asia mengimport minyak dari negara Teluk.

2 Comments


Andriano Nestorios
Andriano Nestorios
Apr 28

Hey, I actually found this platform through a random email suggestion while I was in the USA, and I usually ignore those, but this time I clicked. While checking things out, I came across go to this page and continued browsing. What I liked was that interactions didn’t feel forced, and I could take my time reading and deciding who to talk to.

Like

Миша Воронов
Миша Воронов
Mar 28

Late last week, I read a thread where experienced live dealer players were dissecting platforms with surgical precision — from table ergonomics to latency under pressure. One user casually highlighted https://slotcity.ua/ when mentioning tables that balance visual clarity with responsive controls. What made the comment resonate was how low-key it was: no hype, just a note that the interface supports clear decision-making without distraction. It struck me that these subtle, experience-based observations are exactly what help players pick a club where reliability and flow matter more than superficial glitz.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page