top of page

Berita


Acara rasmi kementerian, agensi, GLC dilaksana secara sederhana
Kerajaan menetapkan semua acara rasmi, bengkel dan aktiviti berskala besar anjuran kementerian, agensi, badan berkanun serta GLC dan GLIC dilaksanakan secara sederhana. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan perkara itu dengan memetik arahan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Segala acara rasmi, bengkel dan aktiviti-aktiviti besar yang dilaksana oleh kementerian, agensi dan juga badan-badan berkanun atau GLC dan GLIC harus pada skala sederh

Akmal Manaf
Apr 291 min read


TPM akan bertemu ADUN BN N Sembilan dalam masa terdekat
Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dalam masa terdekat. Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) susulan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri berkenaan. "Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan ti

Akmal Manaf
Apr 291 min read


PH kesal pengkhianatan 14 ADUN BN, tolak usaha tubuh kerajaan 'tebuk atap'
Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang bertentangan dengan semangat Kerajaan Perpaduan di peringat nasional. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, pihaknya menolak keras langkah yang dianggap sebagai percubaan secara pintu belakang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. "Tindakan ini jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan. "Pakatan Har

Suara Keadilan
Apr 282 min read


Permatang Pasir jadi ‘Panggung Terbuka’, lebih 200 penduduk tonton wayang pacak
MERIAH... Datuk Fahmi duduk di tengah tengah penonton muda dan dewasa menonton wayang pacak Suasana santai penuh gelak tawa mewarnai Permatang Pasir, Pualu Pinang apabila kawasan itu bertukar menjadi “panggung terbuka” menerusi penganjuran program wayang pacak yang berjaya menarik lebih 200 penduduk setempat, malam tadi. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program tayangan filem Babah berkenaan bukan sahaja menyediakan hiburan kepada masyarakat, malah menjadi plat

Suara Keadilan
Apr 251 min read


Graduan menganggur: Kerajaan akan umum langkah segera atasi masalah
Kerajaan dijangka mengumumkan dalam masa terdekat langkah tambahan bagi membantu graduan yang masih belum mendapat pekerjaan susulan tekanan krisis bekalan global. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. "Perdana Menteri telah mengambil maklum dan beberapa pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa. "Perkara ini juga

Suara Keadilan
Apr 231 min read


Program Bekerja Dari Rumah berjaya jimat 334,000 liter minyak
Seramai 155,000 penjawat awam telah mendaftar di bawah Program Bekerja Dari Rumah (BDR) setakat ini dengan pelaksanaannya sejak 15 April lalu berjaya menjimatkan kira-kira 334,000 liter bahan api bernilai RM678,000. Perkembangan itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar juga diingatkan untuk mendapatka

Akmal Manaf
Apr 221 min read


Jangan terlalu bergantung kemudahan Beli Dulu, Bayar Kemudian - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia tidak bergantung kepada kemudahan Beli Dulu, Bayar Kemudian (BNPL) untuk membeli keperluan harian. Menurutnya, walaupun penggunaan kredit bagi pembelian bernilai tinggi masih boleh dipertimbangkan, trend menggunakan BNPL untuk barangan asas dilihat semakin membimbangkan. "Kerajaan sedang memantau perkembangan tersebut bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan hutang berlebihan yang boleh menjejaskan kestabilan k

Suara Keadilan
Apr 221 min read


BUDI95: Cadangan pengamal media dikecuali kuota dibawa ke mesyuarat MTEN
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) sedia membawa cadangan supaya pengamal media berdaftar diberi pengecualian khas kuota petrol RON95. Beliau berkata, telah mengambil maklum permohonan disuarakan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) dan akan membawa isu tersebut ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Selasa depan untuk diputuskan. "Saya akan bawa ke mesyuarat MTEN pada Selasa nanti bagi mendapatkan pertimbangan lanjut berhubung permohonan berkenaan,"

Suara Keadilan
Apr 191 min read


Mekanisme baharu pengagihan diesel bersubsidi bakal diperkenal
Kementerian Kewangan bakal membuat penstrukturan semula kaedah pengagihan subsidi diesel supaya lebih adil dan berkesan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perincian mekanisme baharu itu dijangka dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) atau Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan sebelum diluluskan. "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta kementerian terbabit untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diese

Suara Keadilan
Apr 161 min read


Tak perlu naik minyak: Kenapa Hj Hadi tak minta MB Terengganu tanya PM?
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya meminta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengemukakan pertanyaan mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar sebelum ini

Helmi Mohd Foad
Apr 82 min read


Papagomo akui Fahmi tidak ceramah politik di masjid, kes saman fitnah selesai secara damai
Prosiding saman fitnah Fahmi terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani berkaitan yang kes sama akan diteruskan esok selepas pihak terbabit gagal mencapai penyelesaian kes

Suara Keadilan
Apr 62 min read


Majlis Ekonomi Jingga bakal ditubuhkan, bantu pacu pertumbuhan ekonomi
Kerajaan MADANI bakal menubuhkan segera Majlis Ekonomi Jingga (industri kreatif) berikutan potensinya untuk membantu pertumbuhan ekonomi dalam situasi krisis tenaga global ketika ini. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, majlis itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Kementerian Komunikasi selaku sekretariat. "Industri kreatif adalah satu industri berpotensi untuk membantu pertumbuhan ekonomi dal

Suara Keadilan
Apr 61 min read


Krisis tenaga: Kerajaan giat penerangan, seru rakyat guna PriceCatcher
Datuk Fahmi memberi penjelasan secara santai mengenai krisis tenaga berikutan perang di Asia Barat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengadakan sesi penerangan bersama timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, di kawasan Parlimen itu malam tadi. Menurut beliau, sesi tersebut memberi fokus kepada isu krisis tenaga global, langkah yang diambil kerajaan untuk menanganinya, serta usaha berterusan dalam melindungi kebajikan rakyat. "Dalam menghadapi cabaran global,

Suara Keadilan
Apr 51 min read


Ulang tahun ke-27: KEADILAN kekal teguh berpaksikan prinsip reformasi
Selepas 27 tahun berdepan pelbagai cabaran dalam arena politik tanah air, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diasaskan sejak 4 April 1999 masih kekal teguh sehingga hari ini. Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan, parti itu kekal teguh hasil keutuhan prinsip dan kekuatan perjuangan yang tidak pernah padam. "KEADILAN lahir daripada semangat reformasi, dalam satu usaha untuk tegakkan keadilan, lawan kezali

Azuan Ab Rahman
Apr 51 min read


Konflik Asia Barat: Bekalan bahan api dalam negara terkawal - Fahmi
Bekalan bahan api dalam negara ketika ini berada dalam keadaan terkawal, meskipun terdapat perkembangan geopolitik yang memberi kesan kepada rantaian bekalan global. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam, perkara berkenaan telah dibentangkan secara mendalam oleh pihak Petronas dengan beberapa aspek utama turut diteliti. Beliau berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarah

Akmal Manaf
Apr 11 min read


Hari Seniman: Kerajaan pastikan industri kreatif terus mampan
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menzahirkan penghargaan tertinggi kepada seluruh seniman dan penggiat industri kreatif tanah air. Menerusi satu kenyataan bersempena sambutan Hari Seniman Negara pada Ahad, beliau menegaskan komited memperkasa industri kreatif melalui empat dasar utama iaitu Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), Dasar Filem Negara, Dasar Penyiaran Negara, dan Dasar Muzik Negara. "Penghargaan kepada semua seniman dan penggiat industri kreatif yan

Azuan Ab Rahman
Mar 231 min read


Kukuh perpaduan, erat silatulrahim di Aidilfitri — Fahmi Fadzil
Sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas penting kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) , berkata nilai-nilai yang dibawa oleh Aidilfitri perlu terus diperkasakan dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin dipacu teknologi. "Aidilfitri adalah simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas perpaduan dalam masyarakat kita," kat

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Fahmi ziarah Tokoh Wartawan Negara Adibah Amin
Datuk Fahmi menziarahi Tokoh Wartawan Negara, Adibah Amin di kediamannya di Shah Alam Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyantuni Tokoh Wartawan Negara, Adibah Amin di kediamannya di Shah Alam pada Isnin. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA serta sumbangan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi pihak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan kepada Adibah yang kini berus

Suara Keadilan
Mar 171 min read


Kementerian diarah libat urus dengan industri dapatkan kesan konflik Asia Barat
Datuk Fahmi menyatakan keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi tadi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan menteri agar mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri di bawah bidang masing-masing bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesan yang mungkin dihadapi susulan pergolakan di Asia Barat. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menerusi sidang media pasca Mesyuarat Khas Jemaah

Akmal Manaf
Mar 131 min read


Tindakan tegas perlu tangani provokasi isu 3R - Fahmi
Pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan tegas membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja). Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu susulan beberapa isu berkaitan 3R seperti dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial dibangkitkan. "Tindakan tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara… pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelom

Suara Keadilan
Mar 121 min read
bottom of page
