Graduan menganggur: Kerajaan akan umum langkah segera atasi masalah
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Kerajaan dijangka mengumumkan dalam masa terdekat langkah tambahan bagi membantu graduan yang masih belum mendapat pekerjaan susulan tekanan krisis bekalan global.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
"Perdana Menteri telah mengambil maklum dan beberapa pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa.
"Perkara ini juga akan diperhalusi dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan," katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan kini sedang merangka pelbagai usaha bagi membantu golongan siswazah dan graduan diploma yang masih menganggur.
Langkah itu jelasnya bagi memastikan kemahiran yang dimiliki tidak terbiar tanpa dimanfaatkan.
"Kita akan umumkan dalam masa singkat," katanya selepas mempengerusikan Sesi Meja Bulat Bersama Institusi Kewangan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur.




Comments