top of page

Mekanisme baharu pengagihan diesel bersubsidi bakal diperkenal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kementerian Kewangan bakal membuat penstrukturan semula kaedah pengagihan subsidi diesel supaya lebih adil dan berkesan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, perincian mekanisme baharu itu dijangka dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) atau Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan sebelum diluluskan.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta kementerian terbabit untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diesel termasuk menggunakan mekanisme seperti dilaksana bagi Budi Madani RON95 (BUDI95).


"Kalau kita lihat kepada cara pelaksanaan BUDI95, caranya lebih mudah, lebih efisien dan berkesan," katanya pada Sidang Media Mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.


Fahmi sementara itu turut memaklumkan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang meneliti mekanisme yang sedikit berbeza bagi memastikan pengagihan bantuan bahan api lebih adil kepada penerima.


Bagaimanapun, ia tertakluk kepada siri perbincangan yang perlu diadakan termasuk dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


"Ini akan dilaporkan dan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat MTEN pada minggu depan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page