top of page

Tak perlu naik minyak: Kenapa Hj Hadi tak minta MB Terengganu tanya PM?

  • Writer: Helmi Mohd Foad
    Helmi Mohd Foad
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Kerajaan membidas dakwaan Presiden Pas, Hj Hadi Awang bahawa negara ini tidak mempunyai alasan kukuh menaikkan harga minyak memandangkan Malaysia tidak terlibat dengan sekatan Iran di Selat Hormuz.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya meminta Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengemukakan pertanyaan mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar sebelum ini.

"Saya kesal dengan kenyataan beliau memandangkan Menteri Besar Terengganu merupakan salah seorang yang hadir dalam mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada minggu lalu.


"Malangnya itu tidak berlaku, saya saksi hidup," katanya pada sidang media pasca Kabinet dan taklimat krisis tenaga global di Putrajaya hari ini.


Hj Hadi dalam hantaran "Minda Presiden" di Facebook hari ini menyebut;" Tidak ada sebab harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia, tetapi tidak di Sabah dan Sarawak kerana Malaysia tidak termasuk dalam sekatan Iran di Selat Hormuz."


"Pada masa yang sama, Malaysia mempunyai telaga minyak dan gas sendiri serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam, khususnya negara jiran yang banyak sumber alamnya yang dikurniakan Allah."


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi melahirkan kesal dengan kenyataan Presiden Pas kerana isu kenaikan harga minyak itu diulas tidak langsung berasaskan fakta.


Beliau menjelaskan harga diesel di Thailand ketika ini jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia, malah tiada negara di dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) di rantau Timur Tengah yang tidak berdepan kenaikan harga bahan api.


"Saya tak pasti sama ada beliau diberikan maklumat yang tepat. Harga diesel di Thailand sekarang jauh lebih tinggi daripada harga diesel dalam negara kita.


"Tapi tidak ada negara, waima Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekalipun terpaksa menaikkan harga minyak dalam negara mereka.


"Tidak ada negara di dunia yang kerajaannya tidak menaikkan harga," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page