Konflik Asia Barat: Bekalan bahan api dalam negara terkawal - Fahmi
- Akmal Manaf

- 2 hours ago
- 1 min read

Bekalan bahan api dalam negara ketika ini berada dalam keadaan terkawal, meskipun terdapat perkembangan geopolitik yang memberi kesan kepada rantaian bekalan global.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam, perkara berkenaan telah dibentangkan secara mendalam oleh pihak Petronas dengan beberapa aspek utama turut diteliti.
Beliau berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar penelitian lanjut tentang bahan api diteruskan sepanjang April dan Mei.
"Bagi Petronas keadaan masih terkawal, tapi pada masa sama kita ambil maklum ada beberapa kapal yang masih dalam perjalanan dan sedang menunggu giliran untuk melepasi Selat Hormuz.
"Kita tidak membayar apa-apa tol seperti yang didakwa hasil daripada tajuk berita yang mungkin disalah erti oleh warga maya dan pada waktu ini keadaan masih terkawal.
"Saya juga ingin maklumkan kepada semua bahawa hargai mingguan bagi bahan bakar RON95 dan RON97 serta diesel akan diumumkan pada setiap hari Rabu.
"Jadi sekiranya rakan-rakan media atau rakyat Malaysia ada menerima sebarang maklumat (seperti grafik yang disebarkan) yang mengatakan selain daripada hari Rabu, ia adalah bersifat tidak benar atau palsu," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
Fahmi berkata, Kementerian Kewangan (MOF) lazimnya akan menerbitkan maklumat berkaitan harga petrol dan diesel bagi minggu berikutnya selepas jam 6 petang.




Comments