top of page

TPM akan bertemu ADUN BN N Sembilan dalam masa terdekat

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dalam masa terdekat.


Perkara tersebut dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) susulan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri berkenaan.


"Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.


"Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berkaitan urusan adat," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Pada 27 April lalu, kesemua 14 ADUN UMNO dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun susulan kemelut pemerintahan yang berlaku.


Namun, Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri berkata, beliau dititahkan oleh Tuanku Muhriz agar meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri itu.


Untuk rekod, Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, PH memenangi 17 kerusi, BN menguasai 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) lima kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 pada 2023.


PH dan BN membentuk kerajaan apabila menguasai 31 kerusi DUN selepas pilihan raya tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page