top of page

Permatang Pasir jadi ‘Panggung Terbuka’, lebih 200 penduduk tonton wayang pacak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
MERIAH... Datuk Fahmi duduk di tengah tengah penonton muda dan dewasa menonton wayang pacak
MERIAH... Datuk Fahmi duduk di tengah tengah penonton muda dan dewasa menonton wayang pacak

Suasana santai penuh gelak tawa mewarnai Permatang Pasir, Pualu Pinang apabila kawasan itu bertukar menjadi “panggung terbuka” menerusi penganjuran program wayang pacak yang berjaya menarik lebih 200 penduduk setempat, malam tadi.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program tayangan filem Babah berkenaan bukan sahaja menyediakan hiburan kepada masyarakat, malah menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti.


"Lebih 200 penduduk turun padang, santai menonton wayang pacak dalam suasana meriah penuh gelak tawa," katanya dalam muat naik di media sosial.


Tambah beliau, kehadiran pelakon filem Babah iaitu Qi Razali dan Cristina Suzanne turut menceriakan program apabila mereka berpeluang bertemu serta beramah mesra dengan masyarakat setempat.


Menurut Fahmi, inisiatif Jalinan Aspirasi Komuniti (JAGO) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dilihat sebagai pendekatan berkesan dalam mendekatkan hiburan kepada rakyat sambil memupuk semangat kebersamaan.


"Inisiatif JAGO oleh JAPEN memang padu, membawa hiburan lebih dekat dengan komuniti di samping mengeratkan hubungan sesama masyarakat," katanya.


Untuk rekod, wayang pacak popular dalam tahun 1970an dan 1980an sebagai selingan program penerangan di bawah Kementerian penerangan pada waktu itu.


Pengembalian format serupa pada waktu ini dilihat sebagai usaha memberi sedikit hiburan dalam menyampaikan informasi kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page