top of page

Kementerian diarah libat urus dengan industri dapatkan kesan konflik Asia Barat

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Mar 13
  • 1 min read
Datuk Fahmi menyatakan keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi tadi
Datuk Fahmi menyatakan keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pagi tadi

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian dan menteri agar mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri di bawah bidang masing-masing bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesan yang mungkin dihadapi susulan pergolakan di Asia Barat.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menerusi sidang media pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan di Putrajaya hari ini.


Fahmi berkata, hasil daripada sesi libat urus itu akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa depan.


Katanya, wakil-wakil industri juga akan dijemput untuk melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang.


"Untuk makluman lanjut, Unit Komunikasi daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) atau Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan kenyataan," katanya.


Sebelum ini, kerajaan memaklumkan Mesyuarat Kabinet Khas yang dipengerusikan PM Anwar hari ini diadakan bertujuan untuk meneliti kedudukan fiskal negara selain memantau perkembangan semasa khususnya impak ekonomi secara lebih nyata dan dekat.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, ia bagi membolehkan kerajaan menentukan hala tuju dan langkah seterusnya yang harus ditangani kesan daripada ketegangan di Asia Barat pada masa ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page