top of page

BUDI95: Cadangan pengamal media dikecuali kuota dibawa ke mesyuarat MTEN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) sedia membawa cadangan supaya pengamal media berdaftar diberi pengecualian khas kuota petrol RON95.


Beliau berkata, telah mengambil maklum permohonan disuarakan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) dan akan membawa isu tersebut ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Selasa depan untuk diputuskan.


"Saya akan bawa ke mesyuarat MTEN pada Selasa nanti bagi mendapatkan pertimbangan lanjut berhubung permohonan berkenaan," katanya dipetik selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM) di Pantai Dalam pada Sabtu.


Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) pada Jumaat memohon supaya kerajaan memberikan pengecualian khas kepada pengamal media untuk terus menerima kuota 300 liter petrol RON95 sepertimana dinikmati sebelum ini.


Mereka mendakwa, langkah penyelarasan sementara BUDI95 kepada 200 liter sebulan susulan krisis tenaga global memberi cabaran besar buat pengamal media dalam menyempurnakan tugasan di lapangan.


Sementara itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI turut memaklumkan, Kementerian Komunikasi turut mengambil langkah proaktif memudahkan pengamal media mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa termasuk krisis tenaga global.


Bermula Rabu minggu hadapan jelasnya, sesi taklimat berkaitan krisis tenaga global dan sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri akan dilaksanakan secara hibrid.


"Ini bagi membolehkan wartawan sama ada bertugas di Putrajaya hadir secara fizikal atau yang berada di Kuala Lumpur mengikuti secara dalam talian serta mengemukakan soalan," tambah Fahmi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page