top of page

Hari Seniman: Kerajaan pastikan industri kreatif terus mampan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 23
  • 1 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menzahirkan penghargaan tertinggi kepada seluruh seniman dan penggiat industri kreatif tanah air.


Menerusi satu kenyataan bersempena sambutan Hari Seniman Negara pada Ahad, beliau menegaskan komited memperkasa industri kreatif melalui empat dasar utama iaitu Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), Dasar Filem Negara, Dasar Penyiaran Negara, dan Dasar Muzik Negara.


"Penghargaan kepada semua seniman dan penggiat industri kreatif yang memperkaya identiti serta menyatukan masyarakat melalui karya mereka


"Semoga industri ini terus maju, mampan dan berdaya saing. Terima kasih, teruskan berkarya untuk Malaysia," katanya.


Tarikh kelahiran P Ramlee pada 22 Mac diwartakan sebagai Hari Seniman bagi mengenang karya dan bakti seniman yang mewarnai dunia seni tanah air.


Bertemakan “Syawal Seni, Jiwa MADANI,” sambutan tahun ini mengangkat peranan besar para penggiat seni dalam memperkaya identiti bangsa serta menjadi medium penyatuan masyarakat menerusi karya-karya mereka yang luar biasa.


Sementara itu, Fahmi dalam hantaran sama turut berharap agar segala inisiatif yang dirangka kerajaan dapat memberi impak positif kepada kebajikan penggiat seni selain dapat mempertingkat kualiti penghasilan karya kreatif negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page