Jangan terlalu bergantung kemudahan Beli Dulu, Bayar Kemudian - Fahmi
- Suara Keadilan

- 3 days ago
- 1 min read

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia tidak bergantung kepada kemudahan Beli Dulu, Bayar Kemudian (BNPL) untuk membeli keperluan harian.
Menurutnya, walaupun penggunaan kredit bagi pembelian bernilai tinggi masih boleh dipertimbangkan, trend menggunakan BNPL untuk barangan asas dilihat semakin membimbangkan.
"Kerajaan sedang memantau perkembangan tersebut bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan hutang berlebihan yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan serta kelancaran aktiviti perniagaan, khususnya dalam kalangan usahawan.
"Jika boleh, fokuskan (penggunaan BNPL) kepada pembelian yang lebih besar sahaja," katanya dalam sidang media.
Fahmi sebelumnya hadir merasmikan majlis pelancaran Program NADI Usahawan@Shopee di Hotel Everly, Putrajaya pada Selasa.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan sementara itu menyeru komuniti luar bandar memanfaatkan capaian internet berkelajuan tinggi untuk mengembangkan perniagaan melalui platform e-dagang.
Dalam masa saya kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat menyokong barangan buatan Malaysia melalui pembelian daripada penjual-penjual tempatan.




Comments