top of page

Program Bekerja Dari Rumah berjaya jimat 334,000 liter minyak

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 6 days ago
  • 1 min read

Seramai 155,000 penjawat awam telah mendaftar di bawah Program Bekerja Dari Rumah (BDR) setakat ini dengan pelaksanaannya sejak 15 April lalu berjaya menjimatkan kira-kira 334,000 liter bahan api bernilai RM678,000.


Perkembangan itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar juga diingatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sektor swasta tentang pelaksanaan bekerja dari rumah bagi sektor tersebut.


"(Ia bertujuan) untuk melihat secara keseluruhan penjimatan yang berjaya diperoleh," katanya dalam sidang media itu.


Dalam sidang media sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa Perdana Menteri (PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agensi-agensi di bawah kementerian agar memberikan keutamaan termasuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian bagi memastikan bekalan bahan api dapat dilanjutkan.


Selain itu katanya, PM Anwar juga mengingatkan agar mengurangkan program dan perjalanan ke luar negara serta mengutamakan premis agensi atau kerajaan bagi pelaksanaan bengkel dan program-program latihan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page