top of page

Tindakan tegas perlu tangani provokasi isu 3R - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pihak berkuasa termasuk Peguam Negara perlu segera mengambil tindakan tegas membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu susulan beberapa isu berkaitan 3R seperti dilaporkan oleh media arus perdana dan media sosial dibangkitkan.


"Tindakan tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara… pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang maka ia wajar dikaji semula," katanya dipetik pada sidang media.


Tambah Fahmi, dalam menangani isu berkaitan 3R, kerajaan bakal meminda atau mengggubal rang undang-undang baharu supaya isu tersebut dapat ditangani dengan lebih tuntas pada masa hadapan.


Beberapa anggota Jemaah Menteri baru-baru ini membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan provokasi agama dan kaum kebelakangan ini.


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan pada Isnin lalu mendedahkan kewujudan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi dan dibayar bagi mencetuskan sentimen kaum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page