top of page

Transformasi KKM: 9,000 doktor kontrak diserap jawatan tetap

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
15 minutes ago
1 min read
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Seramai 9,000 doktor kontrak bakal diserap ke jawatan tetap mulai tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Menurut beliau, langkah tersebut merupakan antara transformasi penting Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani isu legasi sumber manusia serta memperkukuh keperluan tenaga kerja sektor kesihatan negara.


Ujarnya, agenda transformasi tersebut turut memberi tumpuan kepada pendigitalan ekosistem kesihatan, penambahbaikan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan agenda kesihatan awam.


"Antara usaha utama pendigitalan ialah pembangunan Rekod Kesihatan Elektronik Malaysia yang membolehkan setiap rakyat mempunyai satu rekod kesihatan bersepadu untuk diakses di fasiliti kesihatan awam dan swasta.


"Sistem ini akan menghubungkan 152 hospital dan 2,619 klinik KKM, membolehkan maklumat pesakit diakses dengan lebih menyeluruh bagi mempercepat keputusan klinikal serta meningkatkan kecekapan rawatan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.


Menyentuh mengenai usaha menangani isu kesesakan dan memendekkan tempoh menunggu pesakit, KKM telah mengambil langkah proaktif melalui penyumberan luar 14 jenis perkhidmatan pembedahan elektif kepada sektor swasta.


Beliau juga menggesa pengamal media membantu KKM meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD) yang kini menjadi antara cabaran terbesar kesihatan awam negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page