top of page

Berita


Pilih pemimpin bela masa depan, bukan pemecah belah - PM
DS Anwar melancarkan merasmikan Pelancaran Sukarelawan DUN Bukit Naning di Muar Golongan muda di Johor diseru supaya tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman sekaligus menolak budaya politik yang memecahbelahkan rakyat. Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini perlu dimanfaatkan untuk memilih kepimpinan yang mampu membela masa depan mereka Golongan muda tegasnya, perlu membuat pilihan berdasarkan keupayaan pemim

Suara Keadilan
Jul 62 min read
Â
Â


Pembangunan seimbang, bukan hanya projek mega, bela rakyat marhaen
DS Anwar berucap di program Kempas Youth Night. Foto: FB Anwar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pendekatan Kerajaan MADANI bukan sekadar menumpukan kepada projek-projek mega, sebaliknya memastikan pembangunan yang dilaksanakan turut memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar. Beliau berkata, kerajaan tetap meneruskan pelbagai projek berimpak tinggi seperti pembinaan sistem Rapid Tr

Hasbul Ahmad
Jul 52 min read
Â
Â


Perkasa budaya dialog: Jika yakin dengan pendirian, mengapa takut dialog? - Anwar
DS Anwar mahu budaya dialog menjadi keutamaan bagi mendapatkan gambaran sebenar keperluan rakyat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan budaya dialog perlu terus diperkasakan kerana menjadi asas kepada pembinaan kefahaman, percambahan idea serta penyelesaian yang lebih baik dalam masyarakat. Beliau berkata, masyarakat yang matang seharusnya melihat perbezaan pandangan sebagai peluang untuk bertukar idea, bukannya alasan untuk bermusuhan atau mengel

Suara Keadilan
Jul 52 min read
Â
Â


Johor: Rapat jurang kaya - miskin, utamakan agenda rakyat - PM
DS Anwar teruja bersama anak muda, di sebelahnya (kanan) calon DUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Johor dan Malaysia bukan negeri atau negara yang miskin, sebaliknya cabaran utama yang perlu ditangani ialah merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin melebar. Beliau berkata, kerajaan tidak boleh hanya berbangga dengan pembangunan berskala besar, sedangkan masih terdapat kawasan dan kediaman daif yang

Suara Keadilan
Jul 52 min read
Â
Â


Komitmen PM kepada komuniti Felda cukup jelas - Dr Puad Zarkashi
Dr Puad (kiri) disambut mesra oleh DS Anwar dalam program di FELDA Ulu Tebrau, malam tadi Bekas pemimpin tinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan kawasan Felda sebagai bukti Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius kepada kebajikan komuniti peneroka. Menurut beliau, penegasan berulang kali oleh Anwar mengenai pembangunan Felda, khususnya Felda Ulu Tebrau, mencerminkan kesungguhan kerajaan

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Pemimpin agama diseru jadi agen perpaduan, pelihara keharmonian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin agama di negara ini menjadi agen perpaduan, memupuk toleransi dan kematangan demi memelihara agama dan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Berucap pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada Sabtu, beliau menegaskan, Malaysia sebagai salah satu negara paling selamat di dunia tidak boleh memberi ruang kepada sentimen perkauman berkembang. "Kita tidak terlepas daripada akar hidup kita. H

Suara Keadilan
Jul 51 min read
Â
Â


Konflik Asia Barat perlu penyelesaian menyeluruh, tamatkan pendudukan Palestin
PM menegaskan, suara dari rantau Pasifik mahukan perdamaian dan konflik antarabangsa diredakan. Foto:PMO Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan konflik di Asia Barat tidak boleh dilihat secara terpisah daripada krisis kemanusiaan yang lebih luas sambil memberi amaran bahawa keganasan berterusan di rantau itu terus mengorbankan orang awam dan mengancam kestabilan global. Perdana Menteri berkata konflik hampir lapan dekad itu tidak boleh dipisahkan daripada realiti sejarah dan str

Helmi Mohd Foad
Jul 22 min read
Â
Â


ASEAN perlu lebih berani, kreatif tangani krisis Myanmar - PM
DS Anwar berucap di Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-39 di Kuala Lumpur. Foto: PMO ASEAN perlu mengambil pendekatan lebih berani, kreatif dan pragmatik dalam menangani krisis Myanmar termasuk meneruskan penglibatan dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian politik yang berkekalan, demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, usaha ASEAN dalam menangani kemelut di Myanmar perlu diperkasakan selepas negara itu berdepan cabaran besar t

Helmi Mohd Foad
Jul 22 min read
Â
Â


PRN: Rekod pentadbiran PM Anwar kekuatan PH raih sokongan pengundi
Prof Dr Azmi Hassan. Kredit foto: Bernama Rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kekuatan utama Pakatan Harapan (PH) dalam meraih sokongan dan keyakinan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar telah membuktikan kemampuan untuk meraih beberapa pencapaian meskipun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu termasuk konflik berterusan d

Suara Keadilan
Jul 22 min read
Â
Â


Malaysia bakal perkenal undang-undang urus AI, teknologi perlu ada etika - PM
DS Anwar ketika merasmikan Pusat Pembangunan Global (GDC) Ant International di Kuala Lumpur, diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, DS Zambry dan para pemimpin perniagaan serta teknologi Malaysia sedang menyiapkan rangka undang-undang baharu berkaitan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian usaha memperkukuh kawalan terhadap teknologi digital yang berkembang pesat termasuk aspek keselamatan data, keselamatan siber dan etika penggunaan teknologi. Perdana Menteri Dat

Suara Keadilan
Jul 13 min read
Â
Â


Umum projek telah dilulus kerajaan tidak langgar peraturan pilihanraya
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan pengumuman projek oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak melanggar peraturan pilihanraya kerana melibatkan projek yang telah diluluskan sebelum ini. Anwar menjelaskan, mengikut peraturan pilihanraya, pengumuman projek yang telah diluluskan sebelum ini adalah dibenarkan, namun perkara tersebut tidak terpakai bagi projek baharu. "Ada proj

Akmal Manaf
Jun 301 min read
Â
Â


PM Anwar dan tiga mentor bertaraf dunia, budaya ilmu asas kepimpinan - Dr Zulkifli
DS Anwar sering dibimbing para cendekiawan tempatan dan antarabangsa sejak muda Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dianggap beruntung kerana dibimbing oleh beberapa tokoh ilmuwan bertaraf dunia di sepanjang kerjayanya yang membawa kepada disiplin membaca dan menuntut ilmu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kisah hubungan akrab dengan intelektual itu dikongsikan sendiri oleh Anwar ketika berucap pada Konvensyen Kebangs

Suara Keadilan
Jun 302 min read
Â
Â


LRT3 Shah Alam: Pemangkin mobiliti, pertumbuhan ekonomi - PM
DS Anwar melancarkan LRT Shah Alam sambil disaksikan Menteri Anthony Loke, Amirudin dan Mohamad Sabu Pelancaran Laluan LRT3 Shah Alam hari ini menjadi satu langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara ke arah lebih moden, cekap dan bersepadu demi kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pelancaran LRT Shah Alam berkata, projek tersebut bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah bakal membawa limpahan m

Suara Keadilan
Jun 282 min read
Â
Â


Tinjauan Merdeka Center buktikan PM Anwar layak pimpin dua penggal
Hasil tinjauan badan kajian Merdeka Center melayakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan khidmat cemerlangnya sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 16. Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR), Shahbudin Embun berkata, tinjauan tersebut membuktikan majoriti merasai dan menyokong dasar-dasar Anwar selaku Perdana Menteri yang berjaya memakmurkan aspek perpaduan negara serta pertumbuhan eko

Suara Keadilan
Jun 272 min read
Â
Â


Lebih banyak perumahan penjawat awam bakal dibangunkan - PM
Kerajaan MADANI berikrar akan membangunkan lebih banyak perumahan untuk penjawat awam di tanah milik kerajaan dengan kadar sewa lebih murah. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan penjawat awam susulan peningkatan kadar sewa rumah terutama di bandar utama memberi kesan kepada kehidupan mereka. "Saya dalam perjalanan hari itu di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpu

Suara Keadilan
Jun 271 min read
Â
Â


Siapa halang? - Anwar nafi sekat Onn Hafiz masuk FELDA
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan arahan menghalang mana-mana pemimpin termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perdana berkata Kerajaan Negeri bebas menjalankan program yang dirancang, namun ketika tempoh berkempen pilihanraya, Kerajaan Negeri tidak seharusnya meminta bantuan atau campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan. "Arahan (yang dikeluar

Suara Keadilan
Jun 261 min read
Â
Â


PRN Johor: Kempen secara sopan, jangan lupa daratan - PM
DS Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Dengkil, Sepang. Foto: PMO Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan setiap parti yang menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor agar dapat mengekalkan kempen yang sopan dan tidak melampaui batas ketika pertembungan dijangka sengit melibatkan banyak penjuru. Perdana Menteri berkata kehadiran ramai calon dalam satu-satu kawasan pilihanraya merupakan lumrah amalan demokrasi. "Tiga ke enam (penjuru) itu lumrah dalam amala

Helmi Mohd Foad
Jun 261 min read
Â
Â


'Kejayaan peroleh jaminan minyak Rusia, PM turunkan harga diesel'
Keterjaminan bekalan minyak dari Rusia selama 20 tahun membolehkan Kerajaan MADANI melakukan penyasaran subsidi diesel dengan lebih berkesan, sekali gus memberi kelegaan kepada rakyat dan peniaga kecil yang bergantung kepada bekalan bahan api berkenaan untuk meneruskan operasi. Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, penurunan harga diesel mencerminkan itu juga keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat, khususnya

Akmal Manaf
Jun 252 min read
Â
Â


Peningkatan daya saing Malaysia: PM Anwar puji kecekapan penjawat awam
DS Anwar sewaktu memberi ucapan dalam majlis bersama warga perkhidmatan awam Zon Selatan. Foto: PMO Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan penjawat awam yang berjaya meningkatkan prestasi Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026. Berucap dalam satu majlis di Alor Gajah pada Rabu beliau berkata, peningkatan prestasi Malaysia itu turut menerima pujian daripada Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov semasa kunjungannya ke negara itu baru-baru i

Suara Keadilan
Jun 252 min read
Â
Â


Anwar ucap takziah pengasas UKM meninggal dunia
Anwar berkata Allahyarham merupakan seorang sarjana besar negara, tokoh ilmu serta pemuka persuratan Melayu yang banyak menyumbang kepada perkembangan dunia akademik dan pendidikan negara

Suara Keadilan
Jun 242 min read
Â
Â
bottom of page
