top of page

Komitmen PM kepada komuniti Felda cukup jelas - Dr Puad Zarkashi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Puad (kiri) disambut mesra oleh DS Anwar dalam program di FELDA Ulu Tebrau, malam tadi
Dr Puad (kiri) disambut mesra oleh DS Anwar dalam program di FELDA Ulu Tebrau, malam tadi

Bekas pemimpin tinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan kawasan Felda sebagai bukti Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius kepada kebajikan komuniti peneroka.


Menurut beliau, penegasan berulang kali oleh Anwar mengenai pembangunan Felda, khususnya Felda Ulu Tebrau, mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kawasan berkenaan terus menikmati limpahan pembangunan.


Puad yang hadir dalam jelajah kempen Datuk Seri Anwar di FELDA Ulu Tebrau semalam turut menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik yang bertanding di situ.


"Saya nampak sokongan masyarakat Felda cukup jelas dan saya rasa memang wajar Felda Ulu Tebrau ini diberi perhatian.


"Saya yakin kalau Dr Maszlee diberikan mandat, beliau mampu memajukan lagi kawasan-kawasan Felda, khususnya di Ulu Tebrau," katanya dipetik.


Kehadiran Dr Puad pada program itu mencuri perhatian apabila beliau disambut mesra oleh Anwar sebaik Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.40 malam. Kedua-duanya dilihat bersalaman sebelum berpelukan di hadapan para hadirin.


Mohd Puad menjelaskan beliau hadir di situ bagi memenuhi jemputan seorang rakan.


"Bukan mudah untuk saya muncul seperti malam ini. Tetapi saya berpegang kepada kejujuran politik, kesungguhan politik (political will) dan keberanian politik.


"Saya mahu mendidik rakyat bahawa dalam politik ini, ada kalanya kita perlu berkorban. Kalau kita konsisten dan istiqamah dengan prinsip, kita sebenarnya tidak rugi," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page