Lebih banyak perumahan penjawat awam bakal dibangunkan - PM
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 1 min read

Kerajaan MADANI berikrar akan membangunkan lebih banyak perumahan untuk penjawat awam di tanah milik kerajaan dengan kadar sewa lebih murah.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan penjawat awam susulan peningkatan kadar sewa rumah terutama di bandar utama memberi kesan kepada kehidupan mereka.
"Saya dalam perjalanan hari itu di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, dan Kuala Lumpur, masalah dihadapi penjawat awam ini serius iaitu kadar sewa meningkat.
"Walaupun kita naikkan gaji mereka di antara 15 (peratus), maksimum 30 peratus, tetapi kadang-kadang kalau di Johor Bahru, di Kuala Lumpur, di Seremban, di Ipoh, tak dapat menampung kadar sewa yang meningkat," katanya dipetik laporan media tempatan.
Sementara itu menurutnya, kerajaan bakal menyegerakan pelaksanaan inisiatif berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kebajikan penjawat awam.
Ketika ini jelasnya inisiatif tersebut telah di laksana di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
"Jadi kita sudah melaksanakannya di Johor Bahru, tanah kerajaan di Kuala Lumpur, sama ada untuk kastam atau polis, sebaik saja ada ruang, kita akan bangunkan perumahan untuk penjawat awam.
"(Langkah itu) bagi mendapatkan sewa yang murah, jadi tidak membebankan keluarga. Ini langkah kita ambil dan akan disegerakan," katanya.




Comments