top of page

PRN: Rekod pentadbiran PM Anwar kekuatan PH raih sokongan pengundi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 2 min read
Prof Dr Azmi Hassan. Kredit foto: Bernama
Prof Dr Azmi Hassan. Kredit foto: Bernama

Rekod pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kekuatan utama Pakatan Harapan (PH) dalam meraih sokongan dan keyakinan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Anwar telah membuktikan kemampuan untuk meraih beberapa pencapaian meskipun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu termasuk konflik berterusan di Asia Barat yang memberi kesan kepada perdagangan dan pertumbuhan global.


"Kerajaan Perpaduan yang disokong pelbagai parti politik berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran dan melaksanakan dasar berteraskan Malaysia MADANI dalam suasana yang mencabar.


"Rekod pentadbiran inilah yang sewajarnya dinilai rakyat. Ia menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dinikmati oleh semua negeri dan rakyat," katanya dipetik laporan media tempatan.


Dr Azmi berkata begitu sebagai merujuk usaha dilaksana Perdana Menteri termasuk lawatan rasmi ke luar negara yang bukan sekadar mengukuhkan hubungan diplomatik, tetapi bagi membuka lebih banyak peluang perdagangan untuk produk Malaysia.


"Ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat, khususnya ketika pentadbiran Presiden Donald Trump, mendorong Malaysia mencari pasaran baharu bagi produk tempatan.


"Lawatan ke Peru, Brazil dan beberapa negara di Afrika mencerminkan usaha kerajaan meneroka pasaran baharu yang mampu meningkatkan hasil negara," katanya.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, cabaran terbesar pentadbiran Anwar ketika ini ialah mengimbangi keperluan pembangunan setiap negeri yang mempunyai keutamaan berbeza.


Sabah dan Sarawak jelasnya memerlukan sokongan pembangunan yang berterusan daripada Kerajaan Persekutuan, manakala beberapa negeri di Semenanjung seperti Kedah dan Kelantan juga memerlukan bantuan bagi mempercepatkan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Sudah tentu bukan mudah untuk mengimbangi kehendak setiap negeri. Namun, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri telah berusaha melakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page