top of page

Tinjauan Merdeka Center buktikan PM Anwar layak pimpin dua penggal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 27
  • 2 min read

Hasil tinjauan badan kajian Merdeka Center melayakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan khidmat cemerlangnya sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 16.


Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR), Shahbudin Embun berkata, tinjauan tersebut membuktikan majoriti merasai dan menyokong dasar-dasar Anwar selaku Perdana Menteri yang berjaya memakmurkan aspek perpaduan negara serta pertumbuhan ekonomi negara.


"Saya percaya rakyat makin yakin dengan prestasi Anwar selama hampir 4 tahun menjadi PM kerana beliau berjaya mempertahankan keharmonian kaum di negara ini dan membawa masuk berbilion pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan prestasi ringgit yang cemerlang.


"Justeru, dengan rekod pentadbiran yang cemerlang sejak 2022, Anwar layak untuk dipertimbangkan bagi meneruskan penggal kedua beliau sebagai PM," katanya dipetik laporan media.

Shahbudin Embun
Shahbudin Embun

Berdasarkan tinjauan Merdeka Center yang dilakukan antara 12 Mac hingga 9 April tahun ini, Anwar terus mendahului senarai pemimpin politik negara dengan kadar sokongan sebanyak 52 peratus.


Tinjauan turut mendapati 42 peratus daripada pengundi Malaysia masih percaya bahawa negara ini berada pada landasan yang betul meskipun berdepan dengan ketidaktentuan antarabangsa yang semakin meningkat dan cabaran ekonomi.


Shahbudin sementara itu berkata, Anwar mempunyai laluan yang realistik untuk mendapatkan penggal kedua sebagai Perdana Menteri.


Ia berdasarkan kemampuan Kerajaan Perpaduan telah membawa kestabilan politik yang lebih tinggi selepas bertahun-tahun mengalami ketidakpastian dan kestabilan itu kekal sebagai salah satu pertimbangan utama bagi ramai pengundi Malaysia.


Selain itu jelasnya, pembaharuan ekonomi kerajaan, usaha untuk menarik pelaburan asing, disiplin fiskal, dan inisiatif untuk menambah baik tadbir urus mula menghasilkan kesan yang boleh diukur.

erak ke arah yang lebih stabil.


"Anwar terus menikmati pengiktirafan yang ketara di pentas antarabangsa. Kepimpinan beliau telah mengukuhkan profil diplomatik Malaysia dan meningkatkan keyakinan pelabur, yang menyumbang secara positif kepada prospek jangka panjang negara.


"Walaupun masih banyak cabaran, terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa negara sedang bergerak ke arah yang lebih stabil," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page