top of page

Selangor umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji, bayar 21 Disember

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
4 hours ago
1 min read
DS Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2027
DS Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2027

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor 2026 sebanyak dua bulan gaji atau elaun dengan bayaran minimum RM1,000.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu merupakan penghargaan terhadap usaha penjawat awam yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri khususnya menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.


"Sebagai komitmen penghargaan kepada pasukan penjawat awam yang bertungkus-lumus menjayakan bantuan kepada rakyat terutamanya dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang mengupayakan golongan rentan, pelajar sekolah, wanita bekerja, para petani dan pesawah, Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kita Selangor bagi Tahun 2026 sebanyak 2 bulan gaji atau 2 bulan elaun dengan bayaran minimum RM1,000," katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.


Dalam belanjawan bertema "Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni", Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua berkata insentif tersebut melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM100.31 juta.


"Bayaran tersebut akan menggunakan peruntukan tahun semasa meliputi emolument anggota Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan serta guru KAFA


"Insha-Allah BKK Kita Selangor akan disalurkan pada 21 Disember 2026," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page