top of page

Pemimpin agama diseru jadi agen perpaduan, pelihara keharmonian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pemimpin agama di negara ini menjadi agen perpaduan, memupuk toleransi dan kematangan demi memelihara agama dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.


Berucap pada Majlis Hi-Tea Bersama Pemimpin Masyarakat Johor di Johor Bahru pada Sabtu, beliau menegaskan, Malaysia sebagai salah satu negara paling selamat di dunia tidak boleh memberi ruang kepada sentimen perkauman berkembang.

"Kita tidak terlepas daripada akar hidup kita. Hidup beragama, hidup berbudaya. Terima kenyataan bahawa masyarakat islam adalah majoriti di negara ini. Tetapi kita hidup bertapak di Tanah Melayu.


"Sekarang dengan ikrar yang jelas bahawa negara ini mesti bersama, maju meningkat dan cemerlang sebagai satu kesatuan semua kaum dan agama di negara ini," ujarnya dipetik sambil menyeru masyarakat mengukuhkan nilai kemanusiaan bagi membendung gejala ekstremisme.


Dalam pada itu, Anwar turut mengkritik pemimpin politik yang gemar bermain sentimen ketuanan Melayu semata-mata sebagai alat politik untuk kepentingan peribadi dan kroni mereka.


"Adakah kita pasti bahawa mereka (pemimpin politik) benar-benar prihatin tentang kaum mereka?


"Jika dilihat secara dekat kepada pemimpin masa lalu dan sekarang, semuanya hanyalah permainan prinsip dan nilai. Semakin lantang mereka melaungkan tentang ketuanan Melayu, semakin kaya-raya jadinya mereka," tegasnya.


Justeru menurut Anwar rakyat perlu bangkit, berusaha dan berjuang menentang naratif seumpama itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page