top of page

Berita


Percepat proses kenaikan pangkat, PM Anwar arah KSN, JPA buat semakan
DS Anwar berucap pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah di Universiti Islam Selangor (UIS), Bangi hari ini. Foto: PMO Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) menyemak semula sistem kenaikan pangkat penjawat awam, termasuk mempercepatkan proses bagi kategori yang mengambil masa terlalu lama. Perdana Menteri berkata, hasil sesi libat urus

Helmi Mohd Foad
Jul 203 min read
Â
Â


Kerugian dana KWAP: PM sokong SPRM jalankan siasatan
DS Anwar dalam perbahasan di Dewan Negara sesi pagi Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, perlu dijalankan secara telus tanpa sebarang perlindungan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, beliau telah bertemu pengurusan KWAP dan mengarahkan supaya kerjasama sepenuhnya diberikan sepanjang siasatan berlangsung. "SP

Akmal Manaf
Jul 202 min read
Â
Â


Malaysia perlu bebas cengkaman pemikiran kolonialisme - Anwar
DS Anwar ketika menyampaikan ucapan di di Universiti Islam Selangor (UIS), Bangi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu membebaskan diri daripada pemikiran kolonial dengan membina sistem pendidikan, ekonomi, budaya dan kenegaraan yang berteraskan identiti sendiri, bukan terus bergantung kepada acuan Barat. Perdana Menteri berkata kemerdekaan tidak seharusnya difahami sekadar mengakhiri penjajahan fizikal sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pembinaan jati diri d

Suara Keadilan
Jul 202 min read
Â
Â


Bantuan rakyat akan diperluas, terus diperkasa - PM
PM Anwar berucap di Program MADANI Kita di Ipoh, Perak Kerajaan MADANI akan terus memperluaskan pelbagai bantuan dan rangka perlindungan sosial bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan ialah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah baik bantuan dan usaha itu akan terus diperkukuh menjelang Belanjawan 2027. Antara bentuk bantuan tersebut termasuk Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (S

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read
Â
Â


Rakyat N Sembilan diseru beri mandat kepada Pakatan Harapan
DS Anwar Ibrahim, foto arkib Rakyat di Negeri Sembilan diseru memberi pertimbangan dan kepercayaan untuk memberi mandat lebih kukuh kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu. Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mandat tersebut penting bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. "Sejak 2018, pelbagai ikhtiar telah digerakkan. Namun, masih banyak

Azuan Ab Rahman
Jul 191 min read
Â
Â


Usaha PH majukan N Sembilan jangan terhenti setengah jalan - Anwar
DS Anwar dan Tok Min pada majlis pengenalan calon pada Selasa lalu Rakyat di Negeri Sembilan diseru agar terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala usaha yang telah dibina bersama di negeri itu tidak seharusnya dibiarkan terhenti di pertengahan jalan. "Alhamdulillah, Tok Min telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana d

Azuan Ab Rahman
Jul 171 min read
Â
Â


Super El Nino: PM arah Kementerian Pertanian sedia langkah mitigasi
DS Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2026. Foto: FB Anwar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah segera menyediakan langkah mitigasi bagi menghadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut penting bagi mengurangkan impak fenomena berkenaan terhadap pengeluaran makanan negara, dalam masa sama memastikan komuniti pet

Suara Keadilan
Jul 161 min read
Â
Â


Kerajaan MADANI punya rekod baik selesakan kehidupan rakyat - Anwar
DS Anwar berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI mempunyai rekod pelaksanaan yang nyata dalam membela kebajikan rakyat dan tidak bergantung kepada janji semata-mata untuk meraih sokongan. Beliau berkata, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sejak mengambil alih pentadbiran membuktikan komitmen kerajaan menyelesaikan masalah rakyat, termasuk membaik pulih kuarters pasukan kese

Suara Keadilan
Jul 152 min read
Â
Â


Kerajaan MADANI baiki perkara asas rakyat, bukan projek mega semata
DS Anwar ketika berceramah pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN N Sembilan. Kredit foto: FB Mat Sabu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan Kerajaan MADANI bukan hanya membawa masuk pelaburan bernilai tinggi atau membangunkan sektor teknologi canggih, sebaliknya memastikan kemudahan asas yang digunakan rakyat setiap hari turut diberi perhatian. Beliau berkata, pembangunan negara perlu dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penambahbaikan kemudahan

Sidiqin Omar
Jul 152 min read
Â
Â


Kerajaan pastikan harga minyak bersubsidi kekal, kukuh perlindungan rakyat
Kerajaan MADANI terus memperkukuh langkah perlindungan kepada rakyat dan industri susulan kenaikan harga minyak mentah dunia akibat meningkatnya ketegangan di rantau Teluk yang memberi tekanan kepada kos import bahan api negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar). Menurut beliau, tindakan terkini Amerika Syarikat yang mencetuskan ketidaktentuan geopolitik telah menyebabkan harga minyak mentah Brent naik sehingga mencecah AS$81 setong pada 14 Julai, sekali

Suara Keadilan
Jul 142 min read
Â
Â


Zon ekonomi sempadan M'sia-Thai pacu perdagangan, ekonomi kawasan utara - PM
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan wilayah sempadan Malaysia-Thailand menerusi Rancangan Malaysia (RMK) Ke-13 bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung, sekali gus mengimbangi pembangunan yang sebelum ini lebih tertumpu di Lembah Klang dan selatan tanah air. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata strategi itu dilaksanakan melalui kerjasama erat dengan Thailand, termasuk pembentukan zon pembangunan ekonomi di kawasan sempadan ya

Suara Keadilan
Jul 142 min read
Â
Â


Kisah kanak-kanak redah ladang sawit sentuh hati PM Anwar
Cita cita adik untuk bertemu PM akhirnya terlaksana, sepentas bersama Anwar di Segamat Kisah seorang kanak-kanak yang sanggup meredah ladang kelapa sawit bersama neneknya semata-mata mahu bertemu Perdana Menteri di Segamat mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam, Anwar berkata, pertemuan singkat dengan Muhammad Afif Ikhwan, 9, ketika program di Felda Palong Timur itu meninggalkan kesan mendalam sehingga beliau meminta supaya

Azuan Ab Rahman
Jul 111 min read
Â
Â


Selesai masalah lama perlu masa, pentadbiran sekarang tiada ruang 'sakau' - PM
PM Anwar berucap menjamin tiada wang rakyat boleh disakau dalam pentadbiran kerajaan sedia ada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha menyelesaikan pelbagai masalah yang diwarisi negara bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam tempoh singkat, namun memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berkompromi dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Menurut beliau, kritikan bahawa kerajaan dilihat masih belum cukup tegas dalam menyelesa

Sidiqin Omar
Jul 102 min read
Â
Â


KEADILAN Pahang nafi PM Anwar 'diboo', dakwa laporan portal putar belit
Datuk Suhaimi (lima dari kiri) berada di majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan semalam dan tidak mendengar PM 'diboo' sebagaimana laporan sebuah portal media KEADILAN Pahang menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diboo ketika menghadiri Sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan dan Sambutan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, semalam. Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim berkata, laporan sebuah portal da

Suara Keadilan
Jul 81 min read
Â
Â


Tadbir urus cemerlang, integriti, musuh 'panas' mahu jatuhkan PM?
Usaha berterusan pelbagai pihak untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa berpunca daripada ketegasan Kerajaan MADANI memperkukuh tadbir urus, memperketat integriti serta tidak lagi bertolak ansur terhadap rasuah dan salah guna kuasa. Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young, pendekatan seperti itu tentunya mengganggu pihak-pihak yang selama ini selesa dengan budaya lama. "Sebagai seorang wakil rakyat, saya percaya kepimpinan

Akmal Manaf
Jul 82 min read
Â
Â


FELDA bangkit semula, Anwar umum langkah pemulihan
DS Anwar menjanjikan langkah pemulihan yang bakal membebaskan FELDA dari keberhutangan Kerajaan mengumumkan langkah pemulihan menyeluruh FELDA bagi mengembalikan manfaat ekonomi dan kebajikan kepada warga peneroka, walaupun berdepan beban membayar hampir RM1 bilion setahun bagi melangsaikan hutang yang diwarisi daripada kelemahan pengurusan terdahulu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu meliputi pemulihan model ekonomi FELDA melalui Koperasi Permodal

Helmi Mohd Foad
Jul 72 min read
Â
Â


Akta bakal dipinda, benar generasi kedua bina rumah di FELDA - PM
DS Anwar menyampaikan Anugerah Tokoh Belia FELDA disaksikan DS Dr Zahid dan DS Wan Rosdy Kerajaan MADANI akan melakukan reformasi besar dalam isu perumahan generasi kedua FELDA apabila bakal meminda Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 bagi membolehkan lebih daripada satu unit rumah dibina di atas satu lot kediaman. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu merupakan antara inisiatif strategik kerajaan untuk menyelesaikan isu legasi yang sekian la

Helmi Mohd Foad
Jul 73 min read
Â
Â


PM mohon syarikat S'pura mudahkan urusan mengundi pekerja Malaysia
DS Anwar berucap dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, pagi tadi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhasrat menghubungi rakan sejawatnya, Lawrence Wong bagi mendapatkan kelonggaran agar rakyat Malaysia dapat pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini. Katanya, pendirian itu mengambil kira prinsip kerajaan yang tidak mahu sebarang campur tangan negara luar dalam urusan pilihanraya di mana-mana negeri di Malaysia. "Hubunga

Akmal Manaf
Jul 71 min read
Â
Â


JPM nafi BMW digunakan PM Anwar kenderaan rasmi baharu
DS Anwar tidak menggunakan kenderaaan rasmi baharu sepanjang kempen politik di Johor Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan bahawa kenderaan BMW yang digunakan sementara oleh Perdana Menteri bukanlah kenderaan rasmi baharu, sebaliknya aset sedia ada milik Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA). Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan yang tular berhubung penggunaan kenderaan berkenaan oleh Perdana Menteri. Menurut kenyataan JPM, kenderaan itu sememangnya disedia

Suara Keadilan
Jul 61 min read
Â
Â


Nurul Zahid perlu semak fakta sebelum kritik ucapan Anwar - Atillah Sani
Polemik mengenai ucapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor terus hangat apabila kenyataan beliau didakwa disalah tafsir sebagai serangan terhadap Barisan Nasional (BN). Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Noor Atillah Abdullah Sani (gambar) menegaskan PM Anwar tidak pernah menyebut bahawa BN tidak layak mentadbir Johor seperti didakwa pihak tertentu. Beliau juga menegur Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Zahid, anak kepada TPM yang mengkritik uc

Akmal Manaf
Jul 62 min read
Â
Â
bottom of page
