top of page

Bantuan rakyat akan diperluas, terus diperkasa - PM

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
Jul 20
1 min read
PM Anwar berucap di Program MADANI Kita di Ipoh, Perak
PM Anwar berucap di Program MADANI Kita di Ipoh, Perak

Kerajaan MADANI akan terus memperluaskan pelbagai bantuan dan rangka perlindungan sosial bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan ialah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah baik bantuan dan usaha itu akan terus diperkukuh menjelang Belanjawan 2027.


Antara bentuk bantuan tersebut termasuk Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


"Selagi kemampuan kewangan negara mengizinkan, kita akan terus menambah baik bantuan, memperkukuh jaringan perlindungan sosial serta memastikan kemakmuran negara benar-benar dapat dirasai oleh seluruh rakyat.


"Walaupun bantuan itu mungkin dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi manfaat besar kepada keluarga yang sedang berdepan tekanan kewangan," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Terdahulu beliau hadir ke Program MADANI Kita di Ipoh, Perak pada Ahad. Program itu merupakan ikhtiar kerajaan mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka secara langsung.


Sementara itu dalam ucapan di program tersebut Anwar berkata, kerajaan mempertimbang untuk menambah sumbangan SARA sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh.


Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi meneliti keupayaan kerajaan menambah peruntukan bantuan kepada rakyat.


"Kalau keadaan ekonomi mengizinkan, dalam Belanjawan nanti saya fikir bagaimana nak tambah peruntukan untuk bantu rakyat," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page