top of page

Berita


43 pelajar miskin Bandar Tun Razak terima bantuan pendidikan
DS Dr Wan Azizah beri bantuan kepada pelajar memerlukan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak komited untuk memperluas akses bantuan pendidikan kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga miskin di kawasan tersebut. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelaksanaan bantuan akan dibuat berdasarkan keutamaan bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir daripada menerima manfaat. "Memang kita nak (bantu) semua, tetapi tengok atas kapasiti kita dan

Suara Keadilan
Nov 21 min read


Komuniti MADANI bantu individu memerlukan di Melaka
Abdullah Izhar menyerahkan bantuan sumbangan tunai kepada individu memerlukan Inisiatif Komuniti MADANI membantu individu yang memerlukan di Melaka membuktikan bahawa penyebaran maklumat melalui media sosial dan rangkaian komuniti mampu diterjemahkan kepada tindakan bantuan secara langsung kepada rakyat. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Yunos berkata, usaha menyantuni masyarakat di lapangan itu menunjukkan inisiatif Komuniti MADANI membuahkan hasil apabila maklumat

Sidiqin Omar
Oct 262 min read


Dana Petronas untuk bantuan rakyat, bukan bunuh 'angsa bertelur emas'
Dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengibaratkan pengambilan dana Petroliam Nasional Berhad (Petronas) oleh kerajaan seperti 'menyembelih angsa bertelur emas' disifatkan sebagai mengelirukan kerana sebahagian keuntungan syarikat minyak negara itu digunakan untuk membiayai pembangunan dan bantuan demi kesejahteraan rakyat. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni (gambar) berkata, Kerajaan MADANI hanya menggun

Suara Keadilan
Oct 192 min read


Bantuan 'one-off' RM1,000 kepada pemandu teksi bukti kerajaan prihatin
Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyambut baik pengumuman bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa seperti diumumkan pada Belanjawan 2027. Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain (gambar) berkata, bantuan tersebut merupakan tanda pengiktirafan Kerajaan MADANI terhadap golongan pemandu teksi. Ia sekaligus menafikan tohmahan yang mendakwa golongan itu tidak diberi perhatian oleh kerajaan. "Saya mewakili GTSM ucap te

Azuan Ab Rahman
Oct 101 min read


AMK Hulu Selangor kecam tohmahan terhadap Ketua Kampung Alah Batu
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Hulu Selangor mengecam tindakan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang didakwa mentohmah seorang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berhubung program sumbangan bakul makanan. Ketuanya, Muhammad Ghafurullah Ismail (gambar) berkata, berdasarkan penjelasan Ketua Kampung Alah Batu sebelum ini, beliau tidak pernah menghalang bantuan daripada disampaikan kepada penduduk seperti yang didakwa Mohd Hasnizan. "Malah, beliau menyatak

Suara Keadilan
Sep 291 min read


Tiada kompromi terhadap buli, siasat, hukum pihak bersalah, cuai - AMK
Wakil AMK mendengar penjelasan dari keluarga mendiang Keziah Nisha berhubung kematian pelajar tersebut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bersedia membantu keluarga mendiang Keziah Nisha mendapatkan khidmat guaman dan sokongan psikologi susulan kematian pelajar berkenaan yang menimbulkan pelbagai persoalan. Exco AMK Malaysia, N Gopiraj menegaskan, kematian seorang anak muda dalam keadaan yang menimbulkan pelbagai persoalan tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya setiap da

Akmal Manaf
Aug 212 min read


ADUN Batu Uban ziarah pesakit strok terlantar
Kumaresan (di sebelah pesakit) menghulurkan bantuan dan membawa bersama wakil agensi kerajaan Seorang pesakit strok terlantar di Flat Taman Utama, Minden Heights, Batu Uban, Pulau Pinang mendapat perhatian apabila agensi kerajaan berkaitan turun padang bagi menilai keperluan bantuan untuk beliau dan keluarganya. ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, beliau bersama pasukan daripada MPKK Batu Uban dan MPKK Taman Brown menziarahi Zurbani yang mengalami strok, tekanan darah tinggi

Suara Keadilan
Aug 132 min read


Program Ziarah KEADILAN Kuantan santuni warga emas DUN Teruntum
Fakhrul Anuar (dua dari kanan) menghulurkan sedikit sumbangan dari Cabang KEADILAN Kuantan Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi warga emas di DUN Teruntum, melibatkan lokaliti Seri Kuantan dan Kubang Buaya, baru baru ini. Sepanjang ziarah pimpinan cabang KEADILAN menemui empat pasangan warga emas yang memerlukan bantuan. Kesemua mereka akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta bantuan kesihatan MyS

Suara Keadilan
Aug 41 min read


Mahasiswa terima bantuan Kerajaan N Sembilan teruja manifesto PH
Seorang mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban 3, Afif Muqriz, 23, (gambar) menyifatkan tawaran dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sebagai langkah yang mampu memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya daripada keluarga berpendapatan sederhana (M40). Afif, yang kini mengikuti pengajian dalam jurusan Sains Sukan, berkata beliau menerima Bantuan Sambung Belajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebanyak

Suara Keadilan
Jul 292 min read


Apa Sebenarnya Rakyat Negeri Sembilan Dapat?
Oleh: Syafiq Sunny ULASAN: Ali, 38 tahun, peniaga kecil di Seremban, menerima Geran TUNS dan pinjaman tanpa faedah daripada kerajaan negeri untuk mengembangkan gerai makanannya. Ah Seng, 68 tahun, warga emas yang menghidap masalah buah pinggang, bergantung kepada bantuan hemodialisis setiap minggu. Kak Imah, 45 tahun, seorang ibu tunggal, membesarkan anak-anaknya dengan sokongan pelbagai program kebajikan — anak sulungnya menerima komputer riba, manakala anak keduanya mendapa

Suara Keadilan
Jul 235 min read


Bantuan rakyat akan diperluas, terus diperkasa - PM
PM Anwar berucap di Program MADANI Kita di Ipoh, Perak Kerajaan MADANI akan terus memperluaskan pelbagai bantuan dan rangka perlindungan sosial bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kerajaan ialah meningkatkan taraf hidup rakyat dan menambah baik bantuan dan usaha itu akan terus diperkukuh menjelang Belanjawan 2027. Antara bentuk bantuan tersebut termasuk Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (S

Azuan Ab Rahman
Jul 201 min read


Kerajaan N Sembilan salur dana RM342,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga
Yunes berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kawasan Rukun Tetangga Negeri Sembilan Sebanyak RM342,000 dana tambahan disalurkan Kerajaan Negeri Sembilan kepada 342 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) aktif bagi memperkukuh pelaksanaan program komuniti serta memupuk perpaduan di peringkat akar umbi. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran berkata, sumbangan itu membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasakan peranan KRT sebagai platform membina keharmonian, kesela

Suara Keadilan
Jul 182 min read


Fadhlina bantu kos pembedahan skoliosis remaja 13 tahun
Pesakit skoliosis bakal menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kredit foto: Bernama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyalurkan sumbangan bagi membantu kos pembedahan skoliosis seorang remaja, Arissa El Zahra Reduan, 13 tahun. Pembedahan tersebut yang dijadualkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada 8 September ini turut dibantu Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) . "Alhamdulillah, saya dan YGTHO telah menyelesaikan kos rawatan/ pembedah

Suara Keadilan
Jul 161 min read


Budi MADANI, SARA, STR bantu ekonomi rakyat - Pengundi Johor
Pelaksanaan bantuan Kerajaan menerusi program BUDI MADANI, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Skim Tunai Rahmah (STR) dilihat terus memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Rata-rata penerima bantuan pentadbiran Perdana Menteri kesepuluh (PMX) itu menyifatkan bantuan berkenaan bukan sahaja mengurangkan beban perbelanjaan harian, malah memberi ruang kepada isi rumah untuk mengurus kewangan dengan lebih baik. K Ram

Sidiqin Omar
Jul 92 min read


Geran Rukun Tetangga naik RM10 ribu, kerajaan jaga rakyat - Yunes
DS Anwar menyampaikan geran bantuan kepada wakil KRT disaksikan Yuneswaran (kanan). Foto: FB Yunes Usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkasa institusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terus membuahkan hasil apabila kadar geran tahunan KRT dinaikkan sehingga RM10,000 mengikut tahap keaktifan, sekali gus memperkukuh peranan komuniti sebagai penggerak perpaduan dan pembangunan di peringkat akar umbi. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, sejak diberi amanah meme

Akmal Manaf
Jun 251 min read


Pakej Ekonomi Selangor: 14,000 pesawah, petani, nelayan terima bantuan
Lebih 14,000 pesawah, petani, nelayan, penternak dan pengusaha akuakultur di seluruh Selangor bakal menerima pelbagai bentuk bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bernilai RM131 juta yang secara rasmi dilancarkan semalam. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim (gambar) berkata, bantuan merangkumi sumbangan tunai kepada pesawah, bantuan baja kepada petani, subsidi bahan api kepada nelayan serta bantuan makanan ternakan kepada penternak da

Suara Keadilan
Jun 52 min read


RM65.6 juta diperuntukan bagi enam program baharu masyarakat India
Sebanyak RM65.6 juta diperuntukkan bagi memperkasa masyarakat India menerusi pelaksanaan enam inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar), berkata inisiatif Kerajaan MADANI itu memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, keusahawanan, kesihatan, kebajikan sosial dan komuniti bagi memastikan lebih ramai masyarakat India mendapat manfaat secara menyeluruh. Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sunga

Redzuan Shamsudin
May 301 min read


Program i-Suri JPM Pahang salur RM900,000 kepada 1,000 wanita e-Kasih
Suri rumah di bawah e-Kasih menerima caruman i-Suri bagi membantu mereka pada usia tua Seramai 1,000 wanita e-Kasih di Negeri Pahang menerima manfaat bernilai RM900,000 melalui Program Sejahtera MADANI Kebajikan i-Suri Wanita e-Kasih yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Pahang dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (SDO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Majlis berlangsung di Dewan Okid BCIC Indera Mahkota,

Suara Keadilan
May 222 min read


Keliru bantuan Kasih Johor, Kerajaan Negeri digesa perjelas kriteria penerima
Isu kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4 mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat apabila terdapat percanggahan antara pengumuman awal dan semakan terkini yang dibuat secara atas talian. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tebrau, Jalex Lee (gambar) berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada rakyat yang sebelum ini dimaklumkan layak, namun didapati tidak tersenarai sebagai penerima selepas membuat semakan menggunakan nombor kad pengenalan. "Kami menerima ban

Redzuan Shamsudin
May 192 min read


Lima peratus penjaja terima bantuan: Kerajaan arah libat urus elak keciciran
Kerajaan akan meneliti langkah memperluas akses bantuan kewangan formal kepada golongan penjaja termasuk menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) susulan dapatan kajian Institut Penyelidikan Khazanah yang menunjukkan kadar penyertaan kumpulan itu masih rendah. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan hasil kajian institut berkenaan yang

Akmal Manaf
May 131 min read
bottom of page
