top of page

43 pelajar miskin Bandar Tun Razak terima bantuan pendidikan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 day ago
1 min read
DS Dr Wan Azizah beri bantuan kepada pelajar memerlukan
DS Dr Wan Azizah beri bantuan kepada pelajar memerlukan

Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak komited untuk memperluas akses bantuan pendidikan kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga miskin di kawasan tersebut.


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelaksanaan bantuan akan dibuat berdasarkan keutamaan bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir daripada menerima manfaat.


"Memang kita nak (bantu) semua, tetapi tengok atas kapasiti kita dan juga bagaimana kita nak pastikan mereka yang betul-betul memerlukan mendapat peluang ini," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu selepas menghadiri Program Sejahtera MADANI: Pendidikan di Yayasan Pusat Belia Antarabangsa pada Ahad.


Terdahulu pada acara itu, seramai 43 pelajar daripada keluarga miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM500 serta baucar kelengkapan persekolahan RM100 setiap seorang.


Inisiatif berkenaan bertujuan memupuk budaya menabung bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak sejak usia muda.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah menegaskan bahawa pendidikan merupakan laluan penting untuk merintis masa depan sekaligus meningkatkan taraf kehidupan dan membantu keluarga pada masa hadapan.


Jesteru, beliau berharap bantuan diterima juga akan meningkatkan kesungguhan dalam pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.


"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan ruang dan peluang ini, sekali gus menyediakan insentif bagi membantu mereka merancang masa depan pendidikan dengan lebih baik," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page