top of page

Budi MADANI, Sara, STR bantu ekonomi rakyat - Penduduk Johor

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Pelaksanaan bantuan Kerajaan menerusi program BUDI MADANI, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Skim Tunai Rahmah (STR) dilihat terus memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.


Rata-rata penerima bantuan pentadbiran Perdana Menteri kesepuluh (PMX) itu menyifatkan bantuan berkenaan bukan sahaja mengurangkan beban perbelanjaan harian, malah memberi ruang kepada isi rumah untuk mengurus kewangan dengan lebih baik.

K Ramkumar
K Ramkumar

Bagi pekerja kerani stor, K Ramkumar, bantuan yang diterima digunakan sepenuhnya untuk keperluan harian termasuk pembelian bahan api dan barangan rumah.


Katanya pelaksanaan Budi Madani, SARA dan STR adalah cara bagaimana kerajaan dapat membantu rakyat menghadapi kos sara hidup secara langsung.


"Budi Madani ada, memang bagus. Minyak pun lebih murah, jadi sangat membantu. Kalau beli barang pun guna IC, memang dapat. Itu banyak bantu belanja rumah," kata Ramkumar yang tinggal di Simpang Renggam.


Sementara itu, anak muda dari Taman Renggam Jaya, Fahmi Asyraf, menyifatkan inisiatif subsidi dan bantuan tunai kerajaan sebagai satu langkah yang wajar diteruskan.

Fahmi Asyraf
Fahmi Asyraf

"Saya rasa harga lebih murah itu memang membantu. Bagi saya, 200 liter tu cukup lah untuk penggunaan sendiri," katanya ketika ditemui.


Pendapat sama turut disuarakan rakannya, Muhammad Irfan Dawani dari Kampung Perak, Machap yang memanfaatkan bantuan SARA untuk pembelian barangan dapur.


Beliau yang baru menamatkan zaman persekolahan dan kini bekerja sebagai pembantu turut memberi cadangan penambahbaikan, rata-rata penerima bersetuju bahawa bantuan ini memberi kesan langsung dalam mengurangkan beban kewangan harian.


"Subsidi minyak memang sangat membantu. Dengan MyKad, saya boleh isi minyak sekitar RM6 hingga RM7 saja. SARA pun boleh guna beli barang dapur.


"Kalau boleh, naikkan kepada RM100 sebulan sebab harga barang sekarang semakin meningkat," katanya.

Ong Lai Hock
Ong Lai Hock

Bagi pengusaha durian dari Simpang Renggam, Ong Lai Hock, bantuan kerajaan dilihat sangat membantu terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja baharu.


"Membantu. Memang membantu. Kalau mampu, memang bagus kalau boleh tambah lagi.


"Terutama budak muda yang baru mula kerja, memang sangat tolong," katanya menjelaskan pelaksanaan BUDI MADANI, SARA dan STR dilihat memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat dengan membantu mengurangkan kos sara hidup, di samping memastikan bantuan bersasar sampai kepada kumpulan yang memerlukan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page