Fadhlina bantu kos pembedahan skoliosis remaja 13 tahun
- Suara Keadilan
- 54 minutes ago
- 1 min read

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyalurkan sumbangan bagi membantu kos pembedahan skoliosis seorang remaja, Arissa El Zahra Reduan, 13 tahun.
Pembedahan tersebut yang dijadualkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada 8 September ini turut dibantu Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) .
"Alhamdulillah, saya dan YGTHO telah menyelesaikan kos rawatan/ pembedahan untuk anakanda Arissa.
"Semoga anakanda Arissa terus diberikan kesembuhan dan ‘afiyah’ serta dipermudahkan urusan selepas pembedahan kelak.
"Terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah menjadi penghubung kami dengan masyarakat," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.
Menerusi perkongsian sama Fadhlina turut memuat naik video pendek beliau mengadakan panggilan video bersama Arissa El Zahra dan ibu remaja itu bagi menyampaikan berita gembira tersebut.
Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang melengkung secara tidak normal ke sisi, menyerupai bentuk huruf "C" atau "S". la paling kerap dikesan semasa peringkat tumbesaran remaja
Pada Selasa, bapa kepada Arissa El Zahra, Reduan Saad, 41, memaklumkan bahawa doktor menyarankan agar pembedahan dilakukan dalam masa terdekat.
Langkah segera itu bagi mengelakkan lengkungan tulang belakang anaknya menjadi semakin teruk dan menjejaskan fungsi organ dalaman.
