Program Ziarah KEADILAN Kuantan santuni warga emas DUN Teruntum
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 1 min read

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi warga emas di DUN Teruntum, melibatkan lokaliti Seri Kuantan dan Kubang Buaya, baru baru ini.
Sepanjang ziarah pimpinan cabang KEADILAN menemui empat pasangan warga emas yang memerlukan bantuan. Kesemua mereka akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta bantuan kesihatan MySalam dan PEKA B40.
Warga emas yang diziarahi ialah Pn Lee Ting Pei dan suami yang menghidap penyakit kanser; Yap Wing Faat dan isteri; Low Long Jong dan isteri dan Tan Boon Dee dan isteri.
Fakhrul Anuar berkata, ziarah ini penting untuk melihat sendiri keadaan serta keperluan sebenar warga emas di akar umbi.
"Ramai warga emas kita memerlukan sokongan kesihatan dan kebajikan. Kita cuba permudahkan urusan mereka dapatkan bantuan MySalam dan PEKA B40, selain rujuk kepada JKM untuk bantuan sara hidup," katanya.
Dalam sesi sama, Fakhrul Anuar turut menerima aduan misalnya dari Chia Chui Chui yang memohon pemasangan cermin keselamatan di simpang jalan bagi mengelak kemalangan. Juga Chong Chin Thay yang mengadu masalah banjir kilat yang kerap berlaku ketika fenomena air pasang.
Kedua-dua aduan tersebut, katanya, akan dibawa ke perhatian pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan untuk tindakan susulan.
Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Ketua Ranting Seri Kuantan, Albert Tan Siew Khong dan Ketua Ranting Kubang Buaya Madani, Nicholas De Costa.




Comments