top of page

RM65.6 juta diperuntukan bagi enam program baharu masyarakat India

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 7 days ago
  • 1 min read

Sebanyak RM65.6 juta diperuntukkan bagi memperkasa masyarakat India menerusi pelaksanaan enam inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).


Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar), berkata inisiatif Kerajaan MADANI itu memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, keusahawanan, kesihatan, kebajikan sosial dan komuniti bagi memastikan lebih ramai masyarakat India mendapat manfaat secara menyeluruh.


Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, enam inisiatif itu ialah Celik MADANI, Kalvi MADANI, Uyarvu MADANI, Arogya MADANI, Thunai MADANI serta Program MADANI Rakyat Komuniti India.


"Usaha ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih 50,000 masyarakat India di seluruh negara.


"Ia bakal memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti tersebut selaras aspirasi Malaysia MADANI," katanya menerusi hantaran di media sosial.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, inisiatif pendidikan Celik dan Kalvi MADANI dijangka membantu meningkatkan akses pembelajaran dan pembangunan modal insan, manakala Uyarvu MADANI memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi dan keusahawanan.


"Arogya MADANI menumpukan aspek kesihatan komuniti, sementara Thunai MADANI memberi penekanan kepada bantuan kebajikan dan sokongan sosial," katanya.


Naib Presiden KEADILAN itu berharap, pelaksanaan inisiatif itu menjadi pemangkin kepada masa depan yang lebih inklusif, sejahtera dan mampan untuk masyarakat India.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page