top of page

Nurul Zahid perlu semak fakta sebelum kritik ucapan Anwar - Atillah Sani

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jul 6
  • 2 min read

Polemik mengenai ucapan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor terus hangat apabila kenyataan beliau didakwa disalah tafsir sebagai serangan terhadap Barisan Nasional (BN).


Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Noor Atillah Abdullah Sani (gambar) menegaskan PM Anwar tidak pernah menyebut bahawa BN tidak layak mentadbir Johor seperti didakwa pihak tertentu.


Beliau juga menegur Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Zahid, anak kepada TPM yang mengkritik ucapan Anwar.


"Yang disebut ialah kebimbangan jika kelompok yang pernah terpalit dengan rasuah kembali menguasai negara. Siap ada syarat jelas, kalau datang dengan pasukan yang lebih bersih, lebih baik, beliau sedia hormat.


"Kepada Nurul Zahid (Exco Wanita UMNO) lain kali sebelum marah, semak dulu fakta. Jangan baca tajuk, terus buat karangan.


"Bezanya fakta dengan persepsi ialah satu boleh disemak, satu lagi cuma sedap dijadikan 'caption'. 'Level' pemimpin senior sepatutnya semak transkrip dulu, bukan sekadar kongsi tangkap layar," katanya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, Nurulhidayah berkongsi tajuk berita sebuah portal berita 'BN nak kembali perintah negara 'no way', tak boleh jahanam ini negeri - PM Anwar di Facebook miliknya.


Noor Atillah menjelaskan kritikan PM Anwar itu bukan ditujukan terhadap BN sebagai sebuah parti, sebaliknya terhadap kelompok yang mempunyai rekod rasuah dan mahu kembali menguasai negara.


Menurut beliau lagi, kenyataan 'no way', 'tak boleh, jahanam ini negeri' juga disebut dalam konteks kebimbangan sekiranya kepimpinan yang pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa kembali diberi mandat.


"Ia bukannya satu kenyataan bahawa BN tidak boleh mentadbir Johor dalam apa jua keadaan.


"Ironinya, mereka yang sering bercakap tentang politik matang dan fakta pula memilih untuk memetik tajuk yang dipotong daripada konteks sebenar.


"Jika benar mahu mengkritik, kritiklah berdasarkan ucapan penuh, bukan berdasarkan tajuk yang mengundang klik," kata beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page