Super El Nino: PM arah Kementerian Pertanian sedia langkah mitigasi
- Suara Keadilan
- 50 minutes ago
- 1 min read

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah segera menyediakan langkah mitigasi bagi menghadapi fenomena Super El Nino yang diramal melanda Malaysia bermula November ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut penting bagi mengurangkan impak fenomena berkenaan terhadap pengeluaran makanan negara, dalam masa sama memastikan komuniti petani terus dilindungi.
"Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan.
"Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Hantaran tersebut susulan Mesyuarat Majlis Keterjaminan Makanan Negara Bil. 1/2026 yang dipengerusikannya semalam.
Sementara itu menurut Anwar, mesyuarat turut meneliti agenda memperkukuh daya saing sektor agromakanan negara agar terus berdaya saing, sekali gus menjamin bekalan makanan negara demi kesejahteraan rakyat.
Dalam masa sama mesyuarat turut membincangkan usaha meningkatkan kesejahteraan petani, pesawah, penternak dan nelayan.
"Ini termasuk isu kerjasama sektor perikanan dengan Kerajaan Thailand. Saya mengarahkan KPKM untuk memuktamadkan perkara ini dengan segera melalui saluran yang sewajarnya, tanpa berkompromi terhadap piawaian keselamatan dan kualiti makanan.
"Libat urus berterusan juga mesti dilaksanakan bersama komuniti nelayan agar produk mereka dapat memenuhi piawaian ditetapkan," katanya.
