Rakyat N Sembilan diseru beri mandat kepada Pakatan Harapan


Rakyat di Negeri Sembilan diseru memberi pertimbangan dan kepercayaan untuk memberi mandat lebih kukuh kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mandat tersebut penting bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Sejak 2018, pelbagai ikhtiar telah digerakkan. Namun, masih banyak yang perlu diteruskan agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.
"Semoga semua calon HARAPAN dikurniakan kekuatan, dipermudah segala urusan dan diberikan kejayaan yang terbaik. Kepada Allah SWT kita berserah," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan PH tampil mempertahankan pentadbiran negeri dengan membawa mesej kesinambungan, kestabilan dan tadbir urus berintegriti sebagai tawaran utama kepada rakyat.
Seramai 889,490 pengundi di Negeri Sembilan layak menunaikan tanggungjawab. Pengundian awal akan diadakan pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan 1 Ogos.




Comments