top of page

Berita


Serah siasatan isu provokasi agama kepada pihak berkuasa - PM
Perdana Menteri menyeru masyarakat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan bahawa siasatan dijalankan pihak berkuasa akan merungkai semua kebenaran secara menyeluruh dan telus. "Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara

Azuan Ab Rahman
Mar 21 min read
Â
Â


Serangan AS-Israel: PM gesa gencatan senjata segera, tamat konflik Asia Barat
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gencatan senjata segera dan tanpa syarat adalah satu keperluan mendesak susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran yang kini mengheret rantau Asia Barat ke ambang krisis lebih besar. Beliau berkata, Malaysia dengan tegas menggesa Israel, AS dan Iran agar menghentikan segala tindakan provokatif serta kembali ke meja rundingan diplomasi dan dialog. "Sebarang tindakan bersifat provokatif hanya a

Suara Keadilan
Mar 11 min read
Â
Â


Tujuh pemuda berani terima penghargaan khas dari PM
PM beramah mesra menghargai keberanian tujuh pemuda menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan penghargaan khas kepada tujuh pemuda yang bertindak pantas menyelamatkan seorang ibu dan dua anak kecil dalam nahas di Kundang, Selangor baru-baru ini. Dalam pertemuan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya semalam, Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi mendenga

Azuan Ab Rahman
Feb 281 min read
Â
Â


Perjuangan Reformasi PMX Perlu Diteruskan Untuk Penggal Kedua
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Pidato Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail, baru-baru ini telah memperlihatkan suatu pendekatan yang berteraskan realiti politik dan pentadbiran semasa negara. Ucapan tersebut tidak sekadar bersifat retorik politik, sebaliknya menggariskan tiga formula strategik yang boleh ditafsirkan sebagai kerangka tindakan bagi memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam mendepan

Suara Keadilan
Feb 272 min read
Â
Â


Kepimpinan Anwar perlu terus disokong demi kestabilan negara
Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu terus dipertahankan dan disokong demi memastikan kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi serta perpaduan negara terus kukuh, kata Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong Kian Young. Menurut beliau, sokongan terhadap Perdana Menteri bukan bersandarkan sentimen politik semata-mata sebaliknya berasaskan prestasi dan keberanian dalam melaksanakan reformasi yang menyentuh kepentingan rakyat serta tatakelola

Helmi Mohd Foad
Feb 252 min read
Â
Â


Kerajaan MADANI utamakan kebajikan warga angkatan tentera
DS Anwar bermesyuarat bersama Menteri Pertahaman dan pegawai tinggi ATM Kerajaan MADANI komited memartabatkan kebajikan warga pertahanan negara dengan meletakkan kesejahteraan pegawai, anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai keutamaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan antara fokus utama kerajaan ketika ini ialah isu perumahan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan keluarga anggota ATM. Menerusi satu hantaran di Facebook, Pe

Azuan Ab Rahman
Feb 251 min read
Â
Â


Kecemerlangan PM dinilai melalui keupayaan, prestasi, usia bukan faktor utama
Oleh: Helmi Foad Tanggapan bahawa pemimpin lebih muda lebih layak memegang jawatan Perdana Menteri (PM) selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada usia 56 tahun merupakan pandangan simplistik yang tidak mencerminkan realiti, atau kecemerlangan yang diperlukan untuk mentadbir negara. Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob berkata, kepimpinan negara tidak seha

Suara Keadilan
Feb 242 min read
Â
Â


RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan ambil kira isu hak cipta, harta intelek
DS Anwar menjamin RUU Tadbir Urus Kecerdasan Buatan jamin perlindungan hak cipta Oleh: Akmla Manaf Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal akan mengambil kira isu hak cipta dan harta intelek dengan jaminan undang-undang sedia ada termasuk Akta Hak Cipta 1987 terus terpakai dan boleh dikuatkuasakan. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggubalan RUU itu masih di peringkat awal dan akan melalui proses libat urus bersam

Suara Keadilan
Feb 242 min read
Â
Â


Malaysia alu-alukan pengembangan Ant International, kukuh kerjasama AI
DS Anwar (kanan) berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Ant International, Peng Yang bersama delegasi syarikat itu dalam satu sesi perbincangan yang memfokuskan kepada kemajuan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia serta potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, perdagangan, teknologi dan pembangunan bakat, di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Suara Keadilan
Feb 241 min read
Â
Â


NCER rekod pelaburan RM78.95 bilion, 23,000 pekerjaan diwujudkan - PM
DS Anwar dalam mesyuarat berhubung keberhasilan pelaburan NCER menambah peluang pekerjaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion serta mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-35 yang dipengerusikannya pagi tadi. Menurut beliau, selain pencapaian pelaburan,

Suara Keadilan
Feb 231 min read
Â
Â


Pemimpin Muda: Antara Idealisme dan Kebijaksanaan
Oleh: Dr. Bam Al-Haj ULASAN: Politik sentiasa menemukan kita dengan watak-watak berani, lantang dan penuh idealisme. Namun sejarah juga mengajar bahawa keberanian tanpa adab boleh menjerumuskan perjuangan ke lembah perpecahan. Dalam konteks semasa, polemik melibatkan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), membuka kembali persoalan lama: sejauh mana batas kritik, dan di mana garis adab terhadap seorang ketua? Kritik perlu, adab lebih utama

Suara Keadilan
Feb 233 min read
Â
Â


PM Anwar lancar Inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan
DS Anwar melancarkan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari Institusi masjid perlu terus diperkasakan sebagai pusat pembangunan ummah serta medan menyemai nilai ihsan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masjid tidak harus dilihat sekadar tempat ibadah, sebaliknya berperanan

Suara Keadilan
Feb 231 min read
Â
Â


Anwar rai kunjungan PM Singapura, perkukuh hubungan dua hala
Pertemuan di Seri Negara yang bersejarah melambangkan hubungan akrab pemimpin Malaysia - Singapura Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meraikan kunjungan sahabat dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, dalam satu majlis istimewa di Seri Negara sempena lawatan khas pemimpin republik itu ke Malaysia. Menurut Anwar, pertemuan berkenaan cukup bermakna kerana berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad yang menjadi saksi pelbagai detik penting

Suara Keadilan
Feb 211 min read
Â
Â


Anwar mahu RUU had tempoh jawatan PM dilulus segera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan supaya Rang Undang-Undang (RUU) yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disegerakan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang. Ditemui pemberita di Kampung Seri Cheeding, Banting semalam beliau menjelaskan, tempoh 10 tahun mencukupi untuk seorang Perdana Menteri melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara. "Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat de

Suara Keadilan
Feb 211 min read
Â
Â


Siasat dakwaan atas Rafizi jika ada bukti, elak hukum terburu-buru - PM
DS Anwar menegaskan siasatan perlu dibuat secara telus kepada pemberita di Masjid Kampung Seri Cheeding Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang dakwaan salah laku dan rasuah membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli perlu disiasat secara telus sekiranya terdapat bukti kukuh, namun masyarakat diingatkan supaya tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman. Perdana Menteri berkata prinsip keadilan mesti ditegakkan secara konsisten tanpa mengira individu dan siasatan perlu d

Suara Keadilan
Feb 202 min read
Â
Â


Kerajaan MADANI perhebat baik pulih kuarters tentera, polis uzur
Kerajaan MADANI akan terus fokus kepada usaha menambah baik kuarters tentera dan polis yang telah uzur demi keselesaan anggota pasukan keselamatan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, perbincangan mengenai perancangan semasa turut merangkumi langkah pembaikan kuarters yang telah mula dilaksanakan. "Perumahan polis kita dah ambil tindakan sepertinya (demikian juga) tentera, jadi kita akan lebih fokus. Tahun-tahun lepas RM1 bilion telah diberika

Suara Keadilan
Feb 201 min read
Â
Â


Kerajaan tidak halang beribadat, tetapi tidak boleh pacak binaan tanpa peraturan
PM Anwar tegaskan peraturan pembinaan rumah ibadat peerlu diikuti untuk elak sebarang masalah Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama untuk beribadat, termasuk pembinaan rumah ibadat namun semua pihak wajib mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan. Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berlandaskan hukum dan undang-undang seharusnya dipatuhi oleh rakyat di negar

Suara Keadilan
Feb 191 min read
Â
Â


Hargai jasa warga KDN, Malaysia negara antara paling aman di dunia - PM
Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jasa dan pengorbanan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar dihargai susulan peranan besar mereka dalam menjamin keselamatan negara, sambil memberi jaminan sebarang salah laku dalam kalangan agensi penguatkuasaan tetap akan diambil tindakan tegas. Beliau berkata, meskipun terdapat kelemahan yang dibangkitkan, prestasi keseluruhan agensi di bawah KDN menunjukkan peningkatan khususnya dalam usaha mem

Suara Keadilan
Feb 192 min read
Â
Â


PM Anwar seru umat Islam hayati hikmah Ramadan
Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak melihat tuntutan puasa dan amalan sepanjang Ramadan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibadah puasa perlu dihayati dari sudut hikmah serta objektif pensyariatannya. "Puncak kenikmatan di sebalik ibadah puasa ini adalah pencapaian takwa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, yang berakar pada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin, dibangkitkan oleh r

Suara Keadilan
Feb 191 min read
Â
Â


PM hadir rumah terbuka MCA, seru semangat kebersamaan, keterangkuman
PM Anwar disambut tarian singa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association (MCA) yang berlangsung di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Menurut beliau, sambutan meriah yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum itu mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman, yang menjadi asas kekuatan negara. PM Anwar bersama pemimpin

Suara Keadilan
Feb 171 min read
Â
Â
bottom of page
