Anwar mahu RUU had tempoh jawatan PM dilulus segera
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan supaya Rang Undang-Undang (RUU) yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disegerakan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang.
Ditemui pemberita di Kampung Seri Cheeding, Banting semalam beliau menjelaskan, tempoh 10 tahun mencukupi untuk seorang Perdana Menteri melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara.
"Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat dengan ikhlas kepada negara, 10 tahun tu cukuplah, memadai untuk dia lakukan sebaiknya dan selepas itu sepatutnya sedia untuk melepaskan untuk rakan-rakan lain meneruskan khidmat.
"Kalau ada konsensus majoriti Ahli Parlimen, kita boleh luluskan dalam sidang akan datang," katanya dipetik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada khamis berkata, bacaan kali kedua RUU Rang Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri dijadualkan pada 3 Mac dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkannya sendiri.
Banyak pihak beranggapan, cadangan tersebut sebagai antara agenda reformasi institusi penting bagi memperkukuh amalan demokrasi dan tadbir urus negara.
Dalam pada itu Anwar menegsakan, cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan terpakai bermula dengan diri beliau terlebih dahulu.
"Ya, dia bermula daripada sayalah. Maknanya, jangan saya buat undang-undang untuk orang lain. Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu," katanya.




Comments