NCER rekod pelaburan RM78.95 bilion, 23,000 pekerjaan diwujudkan - PM
- Suara Keadilan

- 8 hours ago
- 1 min read

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi sebanyak RM78.95 bilion serta mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-35 yang dipengerusikannya pagi tadi.
Menurut beliau, selain pencapaian pelaburan, NCER turut melahirkan 4,000 bakat tempatan pada tahun lalu yang menepati keperluan pelabur dan industri menerusi program di bawah kendalian Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC).
“Mesyuarat kali ini turut membincangkan perancangan 2026 dan tahun-tahun mendatang dengan fokus memantapkan peranan NCER dalam mempercepatkan realisasi pelaburan berkualiti tinggi di wilayah utara,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewandan menyatakan beberapa pelaburan berpotensi menjadi keutamaan antaranya berkaitan Kedah Rubber City (KRC) dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis.
"Mesyuarat turut meneliti inisiatif meluaskan impak pembangunan ekosistem pelaburan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand serta kajian bagi meningkatkan semula daya saing sektor pelancongan di Pulau Langkawi," ujarnya.




Comments